ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jururawat maut kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja

Berita Tempatan

Views

Perjalanan seorang jururawat untuk ke tempat kerja di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu berakhir tragedi apabila mangsa maut dalam kemalangan jalan raya.

Harian Metro melaporkan, dalam kejadian di Bunut Payong pada jam 2.15 petang tadi, kenderaan yang dipandu Wan Nurintan Farahida Wan Hasan, 35, terbabas dan melanggar tiang elektrik serta bahagian hadapan sebuah kedai berhampiran menyebabkan mangsa tersepit.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Nissan Almera dari arah Wakaf Che Yeh menghala ke Kota Bharu untuk ke tempat kerja.

Jelasnya, sebelum tiba di lokasi kemalangan, mangsa melalui satu selekoh dan kenderaannya dipercayai hilang kawalan apabila tiba di satu kawasan yang terdapat bonggol di tengah jalan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Akibat itu kenderaan yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik serta bahagian hadapan sebuah kedai berhampiran.

Mangsa yang tersepit dalam kenderaan dikeluarkan oleh bantuan pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan yang hadir.

Abdul Rahim berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dibawah ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, untuk proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply