ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jutawan Afrika borong 10,000 unit ‘kenderaan desa’ buatan Indonesia

Berita Global

Views

Kompas.com melaporkan, seorang jutawan dari Afrika bakal ‘memborong’ sebanyak 10,000 unit kenderaan desa buatan Indonesia, Alat Mekanis Multiguna Pedesaan ( AMMDes) untuk dipasarkan ke Nigeria. Menurut Direktur Industri Maritim, Alat Transportasi, dan Alat Pertahanan Kementerian Perindustrian, Putu Juli Ardika pembelian ‘kenderaan desa‘ itu dibuat menerusi syarikat Dangote Group, yang dimiliki oleh ahli perniagaan dari Afrika, bernama Aliko Dangote.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Putu berkata, syarikat tersebut dikatakan sangat berminat untuk mengimport kenderaan tersebut untuk pelanggannya di sana. Beliau berkata demikian semasa ditemui media di Kementerian Perindustrian, Jakarta semalam. Putu menjelaskan, ahli perniagaan itu tertarik dengan AMMDes yang merupakan kenderaan desa dengan fungsi penyedia air, pemprosesan ubi kayu, dan pengendalian bijirin.



JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

Satu pasukan dari Dangote akan tiba di Indonesia pada akhir bulan ini untuk memeriksa tiga unit contoh untuk dibawa ke sana. Mengikut perancangan, eksport kenderaan tersebut akan dilakukan secara berperingkat selama lima tahun, bermula pada 2020 dan 2021 sebanyak 1,000 unit setahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply