ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kadar tol di lebuhraya kendalian PLUS turun 18 peratus mulai tengah malam ini

Views

Bermula tengah malam ini (1 Februari 2020), kadar bayaran tol di semua lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad akan diturunkan sebanyak 18 peratus sejajar dengan pengumuman oleh kerajaan baru-baru ini.

Berikut adalah senarai lebuh raya di bawah kendalian PLUS:

  • Lebuhraya Utara Selatan
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA)
  • Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
  • Jambatan Pulau Pinang (JPP)

Penurunan tol ini akan dilaksanakan bagi semua Kenderaan Penumpang (Kelas 1), Teksi (Kelas 4) dan Bas (Kelas 5) dan kekal sehingga tamat konsesi. Manakala, bayaran tol bagi lori (Kelas 2 & 3) akan kekal pada kadar sedia ada dan tidak akan dinaikkan sehingga tamat konsesi PLUS pada tahun 2058.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Dengan pelaksanaan penurunan tol ini, pelanggan PLUS yang dianggarkan sebanyak 1.7 juta setiap hari berpeluang untuk menikmati penjimatan. Berikut adalah contoh bayaran tol yang akan dikenakan selepas penurunan tol sebanyak 18 peratus:

Jadual Bayaran Tol Untuk Plaza Tol Sistem Tertutup (bagi Kelas 1, 4 dan 5)

Jadual Bayaran Tol Untuk Plaza Tol Sistem Tertutup (bagi Kelas 2 dan 3)

Jadual Bayaran Tol Untuk Plaza Tol Sistem Terbuka (bagi Kelas 1, 4 dan 5)



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Jadual Bayaran Tol Untuk Plaza Tol Sistem Terbuka (bagi Kelas 2 dan 3)

Selain itu, pelanggan yang menggunakan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) akan turut menikmati penurunan tol tersebut sebagai tambahan kepada diskaun waktu luar puncak yang sedia ada bagi semua Kenderaan Penumpang (Kelas 1) serta Teksi (Kelas 4) dan Bas (Kelas 5).

Jadual Bayaran Tol Untuk Plaza Tol Tanjung Kupang (bagi Kelas 1)

Plaza TolSekarang (Pada Waktu Puncak)Selepas Penurunan 18 peratusSelepas Penurunan dan diskaun 
Waktu Luar Puncak
Tanjung Kupang
(Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura)
RM7.50RM6.14RM3.28

Penurunan tol ini juga akan dilaksanakan untuk Kenderaan Penumpang serta Teksi (Kelas 2) dan Bas (Kelas 3, 4 dan 5) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang. Bagi kenderaan Kelas 2 dan mereka yang bekerja di Pulau Pinang yang berdaftar dengan PLUS pula akan menikmati penurunan 18 peratus tersebut sebagai tambahan kepada diskaun 20 peratus yang sedia ada.

Jadual Bayaran Tol Untuk Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang (bagi Kenderaan Penumpang-Kelas 2)

Plaza TolSekarang
(Bukan penduduk/  bekerja di P. Pinang)
Selepas
Penurunan 18 peratus
(Bukan penduduk/ bekerja di P. Pinang
Selepas Penurunan dan diskaun 20 peratus
(Penduduk/bekerja di P. Pinang)
Jambatan Pulau PinangRM7.00RM5.74RM4.59

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply