Kadar tol empat lebuh raya di Lembah Klang tidak dinaikkan dan kekal hingga tamat tempoh konsesi, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Berita Harian, ia membabitkan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).
Perdana Menteri memaklumkan keputusan itu dibuat selepas kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya itu.
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
Ujar beliau, setelah penelitian terperinci daripada semua aspek yang meliputi bebanan kepada pengguna, obligasi kerajaan selaras dengan Perjanjian Konsesi serta beban kewangan kerajaan, kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya.
Syarikat tersebut adalah Kesas Sdn Bhd yang menguruskan KESAS, Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yang menguruskan SMART, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd yang menguruskan SPRINT dan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd yang menguruskan LDP.
Ismail Sabri berkata melalui penstrukturan itu, kadar tol tidak akan dinaikkan dan kekal sehingga tamat konsesi serta akan dapat menjimatkan bayaran pampasan dari 1 Januari 2022 sehingga tamat tempoh konsesi.
Beliau berkata, penjimatan bersih bagi pembayaran subsidi tol untuk keempat-empat lebuh raya terbabit adalah dianggarkan sekurang-kurangnya RM4.3 bilion.
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
Jelas beliau, ini usaha berterusan kerajaan untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban khususnya dengan kenaikan kadar tol seperti mana yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.
Tambahnya, penjimatan ini boleh dimanfaatkan bagi program pembangunan infrastruktur negara dan kemudahan-kemudahan lain yang perlu diutamakan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Ismail Sabri berkata penstrukturan dilaksanakan sejajar dengan prinsip serta objektif utama untuk mengurangkan beban Keluarga Malaysia serta tidak membabitkan implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kata beliau lagi, perincian lanjut berhubung kelulusan kerajaan mengenai penstrukturan semula ini akan dimaklumkan Menteri Kanan Kerja Raya.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata [email protected]Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
KOMEN TERKINI