ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kajian Maxim E-hailing mendapati kereta warna putih, jenama Perodua dan nama Muhammad paling popular

Info

Views

Warna kereta merupakan salah satu faktor utama untuk menarik perhatian orang ramai, di mana ia boleh menaikkan semangat, mencipta seni estetika dan memberi kelebihan kepada jualan semula serta penjagaan.

Pakar dari perkhidmatan Maxim E-hailing, berkongsi data analisis mengenai Rakan-pemandu Maxim E-hailing termasuk nama, umur, jenis kenderaan dan juga warna.

Bagi pemilihan warna yang banyak digunakan untuk kereta, adalah warna putih dengan 31 peratus kerana dapat menyembunyikan kotoran, habuk dan calar kecil.

Kereta yang dicat putih juga memantulkan haba dengan berkesan, mengekalkan suhu yang lebih sejuk berbanding yang lain.

Nombor dua ialah warna perak berjumlah 27 peratus, di mana kesan warna lebih berkilat daripada kelabu dan salah satu pilhan baik untuk menyembunyikan kotoran dan cela.

Seterusnya adalah warna hitam dengan 19 peratus mempunyai gaya yang tersendiri dan lebih ekslusif. Keempat ialah warna kelabu dengan 15 peratus di mana ini juga pilihan tepat bagi sembunyikan kotoran, habuk serta kerosakan kecil dan yang terakhir adalah warna biru sebanyak 8 peratus.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Salah seorang Rakan-pemandu Maxim Farhah Wahida, berumur 27 tahun berkata, daripada senarai tersebut, diaa dalam pilihan warna minoriti iaitu mempunyai kereta berwarna biru.

Ini kerana biru merupakan warna kegemarannya. Bagaimanapun, warna tersebut lebih tenang dan senang untuk dikenali oleh penumpang.

Untuk nama yang paling terkenal di kalangan Rakan-pemandu, pada tempat pertama ialah Muhammad, diikuti dengan Abdul dan Nur.

 

Manakala untuk peringkat umur, 56 peratus daripada mereka berumur 21-35 tahun di mana julat umur ini merupakan golongan yang kuat mencari nafkah dan wang tambahan.

Seterusnya ialah 26 peratus dari umur 36-45 tahun, di mana kebanyakan Rakan-pemandu adalah dari pemandu yang membawa Maxim sebagai kerja sambilan.

18 peratus berumur 46-65 tahun mencari pendapatan tambahan dan untuk kekal aktif ketika usia tua.
Bagi jenama kenderaan yang popular, nombor satu ialah Perodua yang merupakan jenama tempatan.

Biasanya, kebanyakan Rakan-pemandu memilih untuk membawa Perodua kerana kereta jimat minyak dan rendah kos.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kedua ialah Proton, yang juga jenama tempatan. Keistimewaan jenama ini ialah reka bentuk yang bergaya dan ciri pintar.

Ketiga ialah Toyota, sebuah kereta antarabangsa yang menawarkan kereta berkualiti. Beralih ke tempat ke-empat teratas Honda dan terakhir ialah Mitsubishi.

Menurut salah seorang Rakan-pemandu dari Maxim, Sufyaan Yazi yang berumur 32 tahun, dia memandu Perodua Bezza sebagai kereta e-hailing keranya menpunyai kelebihan yang tersendiri.

Dia yang merupakan pemandu e-hailing sepenuh masa berkata, Bezza adalah kereta yang sangat jimat di mana penyelenggaraannya rendah, menjimatkan minyak, mempunyai teknologi tinggi, dan akses mudah kepada perkhidmatan.

Pakar dari Maxim mengumpul semua data daripada pendaftaran pada aplikasi dan kemas kini bulanan. Semua Rakan-pemandu perlu berkongsi maklumat diri, lesen, insurans, jenis kenderaan, warna dan gambar kereta semasa permohonan.

Maklumat seperti ini amatlah penting untuk pihak syarikat bagi mengetahui data maklumat dan kenderaan Rakan-pemandu bagi mengekalkan kualiti dan momentum yang baik.

Daripada analisis yang dikongsi, penumpang Maxim E-hailing boleh bersedia dengan beberapa aspek seperti nama pemandu mereka mungkin Muhammad, dalam lingkugan umur 21 – 35 tahun, menaiki kereta Perodua dan berwarna putih.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply