ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kaki terpaksa dipotong akibat dirempuh pemandu mabuk – Keluarga pemandu lori bakal ambil tindakan undang-undang

Berita Tempatan

Views

Ini satu lagi kes kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk. Astro Awani melaporkan, keluarga pemandu lori yang kakinya terpaksa dipotong akibat dirempuh seorang wanita warga Vietnam yang memandu dalam keadaan mabuk di Jalan Anson, Pulau Pinang Jumaat lepas mungkin mengambil tindakan undang-undang.

Menurut anak sulung pemandu lori tersebut, Siti Balkis Muhtar, 29 mereka sekeluarga sukar untuk menerima hakikat apabila insan yang mencari rezeki keluarga selama ini terpaksa menanggung derita apabila kakinya terpaksa dipotong gara-gara kecuaian orang lain.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Bapanya, Mukhtar Bahari pemandu lori yang kudung kaki selepas parah dirempuh kereta dalam kemalangan itu, kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). Katanya, biarpun sedih dengan kejadian itu namun tetap  bersyukur kerana bapanya terselamat biarpun sebelah kaki terpaksa dipotong.

Menurut Siti Balkis, bapanya seorang pekerja yang bertanggungjawab, suka bekerja dan tidak boleh duduk diam malah niat baik bapanya untuk membantu rakan sekerjanya pada hari kejadian mengundang musibah. Mengakui terkilan dengan kejadian itu, Siti Balkis berkata keluarganya mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat berikutan keadaan bapanya yang terpaksa menanggung derita akibat kecuaian pihak lain.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Ujarnya, kejadian yang berlaku telah mengubah kehidupan bapanya serta keluarganya yang selama ini mencari rezeki sebagai pemandu lori. Tambah Siti Balkis, buat masa ini bapanya masih berada di HPP kerana masih perlu menerima rawatan dan hanya akan dibenarkan pulang selepas keadaan pulih.

Dalam pada itu, beliau berharap tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap individu yang menyebabkan kemalangan tersebut. Buat masa ini katanya, anak sulung dari dua adik beradik itu terpaksa mengambil alih tugas mencari rezeki memandangkan ibunya tidak bekerja dan keadaan bapanya yang kini terlantar di hospital.

Dalam  kemalangan 6.40 pagi Jumaat,  Mukhtar Bahari, 62, parah dikaki kiri selepas dirempuh kereta dipandu wanita Vietnam itu. Ketika kejadian mangsa yang juga pemandu lori sampah syarikat pembersihan sedang memungut sampah di bahagian belakang kenderaannya  yang di parkir di bahu jalan di Jalan Anson. Akibat kejadian itu, kaki kiri Mukhtar terpaksa dipotong daripada bahagian peha berikutan tulangnya hancur.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply