ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Kalau Dyson buat motosikal elektrik, mungkin inilah rupanya

Gambaran artis

Views

Seperti yang kita tahu, Dyson adalah pengeluar perkakas elektrik dari British yang pakar dalam pembuatan pembersih hampagas, kipas angin tanpa bilah dan pengering tangan dengan teknologi bilah angin ciptaan pengasas syarikat tersebut, Sir James Dyson. Syarikat tersebut bakal mengeluarkan pelbagai jenis kereta elektrik yang menggunakan teknologi bateri solid-state ciptaan mereka dan model pertamanya bakal diperkenalkan pada tahun 2020.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Setakat ini kita masih belum melihat bagaimana rupa kereta elektrik tersebut. Sekiranya Dyson berminat untuk membangunkan motosikal elektrik, bagaimanakah pula rupanya? Sahabat kami Saharudin Busri atau Wak menggunakan segala kepakarannya dengan memberikan kita gambaran reka bentuk jentera dua roda itu secara digital. Rekaan beliau ini juga turut tular di beberapa portal atas talian antarabangsa yang kagum dengan idea tersebut.

Reka bentuk konsep motosikal elektrik Dyson versi Wak ini agak radikal kerana rodanya diilhamkan dari kipas angin tanpa bilah yang berongga (tanpa jejari/bilah). Sekilas pandang ia seakan motosikal untuk tunggangan Robocop kerana rekaannya yang sangat futuristik. Penjana kuasa jentera ini pula diinspirasikan oleh teknologi cyclone V11 dari pembersih hampagas.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Kerangka motosikal elektrik ini juga agak unik kerana ia berbentuk satu lengkungan tunggal yang bersambung terus dengan tempat duduk dan lampu belakang berbentuk tirus seperti kon. Rekaan ini juga mengingatkan kami kepada rekaan basikal elektrik konsep Proton pada 1999 (tidak pasti tahun sebenar) yang juga rekaan Wak semasa berkhidmat dengan pengeluar kereta nasional tersebut satu ketika dahulu.

Maka tidak hairanlah jika rekaan itu juga menjadi rujukan beliau untuk menghasilkan motosikal elektrik konsep Dyson. Kami amat kagum dengan karya terbaharu Wak ini. Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply