ARKIB

KATEGORI

Info

Kalau kita isi petrol RON95 RM50 seminggu tahun depan, berapa nilai yang perlu dibayar dalam masa setahun untuk penggunaan sama?

Info

Views

Semalam ‘bergegar’ dan ‘hangat’ medan membawang di media sosial setelah mendengar pengumuman kenaikan harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan bermula Januari depan.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Dalam sesi jawab lisan di sidang Dewan Rakyat semalam, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, kementerian telah memutuskan untuk menaikkan harga bahan api sebanyak satu sen setiap minggu sehingga harga petrol RON95 mencapai harga pasaran.

Berapa tambahan bajet yang kita perlu keluarkan dalam masa setahun, andai kata kita mengisi petrol RON95 RM50 setiap minggu untuk penggunan yang sama? Sahabat kami di Dr. Aid Fawzal yang kini berkelana di Middlesbrough, UK membantu kita membuat pengiraan mudah.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Kalau kita biasa isi petrol RON95 RM50 seminggu, ini nilai yang kita perlu bayar selama setahun untuk penggunan yang sama (kiraan mengikut kenaikan 1 sen setiap minggu).

  • Untuk sebulan kita kena bayar – RM50.96 (untuk setiap minggu)
  • Selepas dua bulan kita kena bayar – RM51.92 (untuk setiap minggu)
  • Selepas tiga bulan kita kena bayar – RM52.88 (untuk setiap minggu)
  • Selepas enam bulan kita kena bayar – RM55.77 (untuk setiap minggu)
  • Selepas satu tahun kita kena bayar – RM61.54 (untuk setiap minggu)
  • Selepas dua tahun kita kena bayar – RM73.08 (untuk setiap minggu)
  • Selepas tiga tahun kita kena bayar – RM84.62 (untuk setiap minggu)

Ini cuma kiraan mudah kerana buat masa sekarang kita tidak tahu berapa harga pasaran RON95 yang akan diapungkan mengikut harga minyak semasa nanti. Persoalannya sekarang berapa harga pasaran RON95 ketika ini? Ada yang boleh bantu kami tak?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply