ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kamera GoPro jadi mata JPJ rakam kesalahan jalan raya

Berita Tempatan

Views

Awas pengguna jalan yang gemar menggunakan telefon bimbit ketika memandu atau sering memotong barisan ketika kesesakan, kerana aksi anda mungkin dirakam ‘mata’ yang memerhati.

Menurut Berita Harian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mengguna pakai kaedah baharu melalui kamera aksi pengawasan untuk merakam kesalahan dilakukan pengguna jalan raya, khususnya sepanjang musim Aidilfitri ini.

Selain dua kesalahan itu, pemantauan turut dilakukan terhadap pemandu yang melanggar lampu isyarat, memotong di lorong kiri atau garisan berkembar, tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar serta memandu secara berterusan di lorong kanan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, pemantauan akan dilakukan anggota Unit Penguatkuasaan Bermotosikal sebagai satu kaedah memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan sekali gus mengurangkan kadar kemalangan.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Katanya, bentuk penguatkuasaan JPJ bukan lagi sekatan jalan raya yang dibimbangi akan menambah kesesakan dan rasa tidak selesa kepada mereka yang ingin menyambut perayaan, tetapi lebih kepada pemeriksaan secara pendigitalan.

Pemantauan akan dilakukan anggota dilengkapi kamera aksi pengawasan jenis GoPro Max 360 dan merakam kesalahan pemandu di lapangan, yang mana foto dirakam dihantar ke bilik gerakan dan notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada program ‘Kick OffOp Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 di Plaza Tol Sungai Besi arah Selatan, malam tadi.

Zailani berkata, pemantauan lebih tertumpu di kawasan ‘hot spot‘ yang dikenal pasti sering berlakunya kemalangan.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Selain itu, beliau berkata, orang awam juga boleh menyalurkan aduan mengenai sebarang kesalahan lalu lintas kepada JPJ melalui portal e-aduan dan pemberi maklumat akan menerima insentif sekiranya siasatan mendapati kesalahan benar-benar berlaku dan tindakan lanjut sudah diambil.

Mengenai operasi berkenaan, Zailani berkata 1,137 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, 279 kenderaan dikenakan tindakan selain 508 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan termasuk tiada lesen memandu serta cukai jalan tamat tempoh.

Operasi dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membabitkan kekuatan 198 pegawai serta anggota.

Operasi dilakukan sebagai pembuka tirai Op Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 bermula hari ini hingga 9 Mei depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply