ARKIB

KATEGORI

Tular

Kanak-kanak Palauh acu pistol mainan minta sedekah dan 14 individu lain ditahan

Tular

Views

Semalam tular beberapa foto yang memaparkan kegiatan meminta sedekah di persimpangan lampu isyarat di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu. Menurut Harian Metro, polis telah menahan kanak-kanak Palauh dan 14 lain kerana disyaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah termasuk kanak-kanak lelaki yang mengacukan pistol mainan ke arah pengguna jalan raya seperti dalam foto tular.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum tangkapan dilakukan pihaknya menerima makluman gambar tular kanak-kanak lelaki memegang pistol mainan meminta sedekah di lokasi terbabit. Menurutnya, sejurus itu sepasukan anggota dihantar ke lokasi bagi menjalankan siasatan dan mendapati empat wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan berada di lokasi berkenaan.

Jelas Nasri, pemeriksaan mendapati semuanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan telah ditahan. Tambahnya, semua yang ditahan berusia enam bulan hingga 31 tahun itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Nasri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Terdahulu, gambar kanak-kanak lelaki yang mengacukan pistol ke mainan ke arah pengguna jalan raya di kawasan lampu isyarat dipercayai ketika meminta sedekah tular di Facebook, sejak pagi semalam.

Lokasi lampu isyarat berkenaan sudah dikenali sebagai kawasan warga Palauh meminta sedekah walaupun ia membahayakan keselamatan mereka. Polis sudah berulang-kali menjalankan tangkapan ke atas individu menjalankan kegiatan meminta sedekah di jalan raya itu, namun kumpulan berkenaan masih wujud sehingga ke hari ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply