ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kanak-kanak tercampak di atas lebuh raya – Pemandu Myvi dan Jazz telah dikenalpasti

Berita Tempatan

Views

Semalam tular rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang tercampak di atas lebuh raya kerana kereta yang dinaikinya dirempuh dua buah kenderaan lain yang memandu secara berbahaya. Menurut Sinar Harian, polis sudah mengenal pasti pemandu kereta Perodua Myvi dan Honda Jazz yang memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kejadian tersebut.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan

Dalam kejadian pada jam 3.21 petang semalam di Kilometer 235.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh (arah utara) itu, menyebabkan kanak-kanak tersebut cedera di bahagian kaki dan muka. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, kejadian dipercayai bermula apabila pemandu Perodua Myvi yang berada di lorong kiri mengubah haluan secara tiba-tiba lalu terlanggar Honda Civic yang dinaiki kanak-kanak itu.

Jelas beliau, pemandu Perodua Myvi dan Honda Jazz disyaki memandu dalam keadaan berbahaya kerana mengubah haluan secara tiba-tiba sebelum menghimpit ke kanan lalu merempuh kereta dinaiki mangsa. Pemandu Honda Civic itu hilang kawalan lalu terlanggar penghadang besi di tengah lebuh raya sebelum melanggar bahagian belakang kereta Myvi yang memandu di lorong tengah.

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

Tambahnya, akibat perlanggaran tersebut, seorang penumpang kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun tercampak keluar dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut.

Ibrahim berkata, siasatan sedang dilakukan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 jika sabit kesalahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply