ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi curi Honda City milik mangsa banjir, pemandu trak tunda direman dua hari

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu trak tunda yang tular mencuri kenderaan yang diletakkan di tepi Persiaran Perusahaan Seksyen 23 akibat banjir sebelum ini direman selama dua hari bermula semalam.

Menurut K!ONLINE, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, suspek berusia 26 tahun itu terlebih dahulu ditahan di sekitar daerah Shah Alam, semalam.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, penangkapan susulan penularan kejadian itu di media sosial terhadap tindakan penundaan kereta jenis Honda City milik isteri mangsa yang dilakukan suspek berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa meletakkan kereta berkenaan kira-kira pukul 6 petang pada Sabtu lalu dalam keadaan baik dan berkunci di tepi jalan berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa mendapati kereta tersebut telah berada di trak tunda pukul 8.45 malam dua hari kemudian.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Beliau menambah, trak tunda itu adalah atas nama sebuah syarikat di Telok Gadong, Klang  dengan dipandu suspek.

Ujar Arjunaidi, siasatan awal mendapati suspek itu memaklumkan kereta itu disuruh ditunda ke bengkel oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Mangsa sempat membuat pemeriksaan kereta itu dengan mendapati bateri kereta telah hilang, nombor pendaftaran depan belakang telah dipatahkan dan pelekat cukai jalan telah hilang. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply