ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi guna duit i-Sinar buat modal sewa lori hantar daun ketum

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki yang memandu lori dengan membawa muatan 1.5 tan daun ketum ditahan di Jalan Kampung Tong Prok, Mukim Padang Kerbau, di Pendang, Kedah kelmarin. Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata, suspek ditahan kira-kira 12.45 tengah malam oleh anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan itu selepas mengesan lori berkenaan dipandu dalam keadaan mencurigakan.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Katanya, selepas menahan lori ‘bonded’ tiga tan itu anggota polis telah melakukan pemeriksaan dan menemui 80 beg kanvas serta guni plastik berisi daun ketum yang semuanya seberat 1.5 tan dan dianggar bernilai RM22,000. Hasil siasatan suspek mengaku mengambil upah sebanyak RM2,000 bagi setiap perjalanan daripada individu lain untuk menghantar daun ketum itu dari Kuala Nerang ke Seremban, Negeri Sembilan.

Tambahnya, suspek yang tidak bekerja selepas diberhentikan sebagai pemandu bas ekspres pada Jun tahun lepas, juga mengaku dia menyewa lori berkenaan menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan menerusi program i-Sinar baru-baru ini.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Arriz Sham berkata, selain daun ketum, suspek menyewa lori berkenaan pada kadar RM2,500 sebulan turut menggunakan kenderaan itu untuk perkhidmatan penghantaran pelbagai barangan termasuk perabot dan makanan.

Suspek yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu kini ditahan reman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30(3), Akta Racun 1952. Katanya lagi, ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak memiliki rekod jenayah lampau dan pihaknya masih menyiasat bagi mengesan individu yang memberi upah kepada suspek.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply