ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi isytihar sebagai kilang membuat PPE – Pemilik kilang topi keledar dikompaun RM10K, premis diarah tutup

Berita Tempatan

Views

Padah mengisytiharkan kilang pembuatan topi keledar sebagai kilang peralatan perlindungan diri (PPE) menyebabkan premis itu diarah ditutup serta-merta dan pemiliknya dikompaun RM10,000 hari ini.

Menurut Harian Metro, dalam pemeriksaan kira-kira 11 pagi, sepasukan anggota polis bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) menjalankan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) susulan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Pemeriksaan ke atas 11 kilang di daerah Seberang Perai Utara (SPU) itu turut dibantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Operasi itu membongkar kegiatan pemilik kilang topi keledar di Sungai Dua, di Butterworth, yang didapati menjalankan perniagaan lain tidak seperti diisytiharkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, semakan mendapati pemilik itu mengisytiharkan kilang terbabit menghasilkan PPE antaranya pakaian perubatan, pelitup muka dan sarung tangan getah.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Namun, dalam operasi yang dijalankan in, pihaknya mendapati kilang berkenaan menjalankan pembuatan topi keledar yang jelas menunjukkan pelanggaran SOP. Mengikut senarai MITI, pembuatan topi keledar bukan keperluan dan pemiliknya diarahkan menutup operasinya serta-merta selain dikompaun RM10,000.

Menurutnya, tindakan penutupan kilang itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Katanya, operasi yang dijalankan itu mendapati kebanyakan majikan mengambil maklum mengenai kehadiran 60 peratus pekerja sahaja dibenarkan.

Dalam operasi itu, JTK turut mengeluarkan notis kepada majikan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) kerana menyediakan penginapan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply