ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi palsukan borang rentas negeri – Dua wanita ditahan

Berita Tempatan

Views

Dua wanita ditahan selepas didapati memalsukan borang rentas negeri di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Bentong, kelmarin. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pegawai dan anggota yang bertugas di SJR terbabit menahan kenderaan dinaiki kedua wanita berkenaan masing-masing berusia 22 tahun pada 6.45 petang untuk pemeriksaan.

Katanya, difahamkan, kedua-dua wanita terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang. Ketika pemeriksaan dilakukan terhadap dokumen perjalanan rentas negeri mereka didapati borang berkenaan agak meragukan dan disyaki dipalsukan oleh mereka.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Zaiham berkata, siasatan awal mendapati cap dan tandatangan Ketua Polis Balai yang meluluskan permit terbabit disyaki dipalsukan dan dipercayai dibuat secara ‘imbasan’ selain tulisan turut dipinda. Pemeriksaan ke atas telefon bimbit milik seorang daripada mereka mendapati ada salinan borang kosong rentas negeri siap ditandatangani dan dipercayai turut dipalsukan.

Hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap mereka mendapati seorang daripadanya positif dadah jenis ganja. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud menipu serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan surat pemalsuan sebagai tulen.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Tambah beliau, suspek yang didapati positif dadah pula akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Beliau turut mengingatkan orang ramai yang mahu membuat perjalanan rentas negeri supaya tidak mengambil tindakan dengan mengemukakan borang yang diubah suai dengan niat memalsukan dokumen berkenaan.

Pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan akan terus mengetatkan pemeriksaan di semua SJR antara negeri di daerah ini membabitkan sempadan Selangor serta Negeri Sembilan. Tegas beliau, ini bagi memastikan penularan COVID-19 di Pahang dapat dikawal memandangkan Bentong adalah laluan utama ke Pantai Timur terutamanya dari Lembah Klang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply