ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi potong barisan guna lorong kecemasan – 3 pemandu serah diri, 6 masih dicari

Berita Tempatan

Views

Tiga daripada sembilan pemandu yang memotong sebelah kiri lorong kecemasan di Jalan Sunggala-Sua Betong, kelmarin telah hadir ke Balai Polis Trafik Port Dickson untuk membantu siasatan.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan hadir 5 petang tadi.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, mereka mengaku antara pemandu yang terbabit memotong barisan di Jalan Sunggala-Sua Betong kelmarin.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan adalah pemandu kereta jenis Proton Wira (NAV 7907), Perodua Myvi (VBB 1806) dan Proton Gen-2 (CBS 5433).

Katanya, ketiga-tiga lelaki berkenaan masing-masing berusia 57, 46 dan 36 tahun. Tambah beliau, mereka bekerja sebagai pemandu lori, jurujual dan akauntan pihak berkuasa tempatan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Ujar beliau, polis masih lagi mengesan enam pemandu atau pemilik kenderaan yang terbabit dalam menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan.

Aidi Sham berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan atau Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Terdahulu tular satu rakaman video di media sosial Facebook yang merakam sembilan kenderaan menggunakan lorong kecemasan untuk memotong kenderaan di Jalan Sunggala-Sua Betong kelmarin.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply