ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi rentas negeri jumpa ‘makwe’ – Kereta terbabas semasa dihambat MPV polis

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki bertindak memecut kereta dipandunya selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Persiaran Utama S2/1 di Seremban, petang semalam. Menurut Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, tindakan lelaki itu bagaimanapun membawa padah apabila kereta dipandunya terbabas ke bahu jalan ketika dikejar kereta peronda polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pemeriksaan mendapati pemandu berusia 29 tahun itu datang dari Melaka dan melakukan kesalahan merentas negeri tanpa surat kebenaran polis.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Beliau berkata, lelaki berkenaan dikatakan datang ke Seremban untuk bertemu teman wanitanya yang berusia 21 tahun. Dalam kejadian itu, unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban sedang menjalankan rondaan di Bukit Chedang dan ternampak sebuah kereta jenis Hyundai Atos dinaiki sepasang kekasih dalam keadaan mencurigakan.

Pemandu kereta didapati tidak berhenti apabila diarahkan untuk pemeriksaan dan bertindak melarikan diri. Mohd Said berkata, berikutan itu, polis terpaksa mengejar kenderaan berkenaan dengan dibantu tiga lagi MPV polis.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Katanya, ketika cuba melarikan diri, pemandu itu turut melanggar lampu merah, membuat pusingan U tanpa kebenaran dan melanggar cermin sisi sebuah kereta lain. Kenderaannya akhirnya terbabas dan berjaya ditahan di Jalan Persiaran Utama S2/1.

Berdasarkan ujian air kencing, suspek lelaki juga positif dadah jenis methamphetamine. Dia direman sehingga Khamis, manakala teman wanitanya direman sehari bagi membantu siasatan. Tambah beliau, polis mengambil tindakan di bawah Seksyen 342 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 terhadap lelaki berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply