ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi rentas negeri tanpa kebenaran guna pesawat ringan – Empat individu dikompaun

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, dua juruterbang dan dua penumpang dikompaun gara-gara tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri, setelah pesawat ringan yang mereka naiki mendarat di Lapangan Terbang Kampung Tekek di Pulau Tioman, Rompin, semalam.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon, keempat-empat individu termasuk seorang wanita telah berlepas dari Lapangan Terbang Subang, Selangor dan mendarat di lapangan terbang pulau peranginan itu pada kira-kira 3 petang. Jelas beliau, selain juruterbang persendirian itu, pesawat itu turut dinaiki oleh pengurus keselamatan dan pengurus pemasaran sebuah perniagaan akitivti menyelam di sebuah resort di Kampung Juara, Pulau Tioman.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Mereka didapati tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri daripada polis mahupun surat majikan atau bekerja dalam sektor keperluan asas, yang merupakan keperluan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor.

Azari berkata kompaun itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana keluar dari kawasan yang diisytiharkan PKPB tanpa kebenaran. Beliau berkata mereka juga bersetuju untuk pulang ke Lapangan Terbang Subang pagi ini kerana juruterbang persendirian itu mendakwa tidak mempunyai kebenaran menerbangkan pesawat pada waktu malam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply