ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi seludup PATI guna treler sawit

Berita Tempatan

Views

Taktik licik seorang lelaki tempatan yang cuba menyeludup masuk empat pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan sebuah treler minyak sawit digagalkan sepasukan polis di Jalan Serian Sri Aman, awal pagi semalam.

Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, dalam tangkapan sekitar jam 8.15 pagi itu, sepasukan polis dari ‘Task Force’ Skuadron Perisai 11, Briged Sarawak dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah Serian telah menahan treler tersebut.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 34 tahun menjumpai empat warga Indonesia terdiri daripada dua lelaki berusia 30 dan 48 tahun dan dua wanita berusia 27 dan 48 tahun.

Keempat-empat warganegara Indonesia ini gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah. Tambahnya, kesemua PATI tersebut disyaki telah memasuk ke Sarawak melalui jalan tikus.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jelas Aswandy, tujuan keempat-empat PATI tersebut adalah untuk dihantar ke ladang sawit Selangau. Berikutan itu tegasnya, kesemua suspek telah ditahan dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Serian untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63. Kes masih lagi dalam siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Inforoadblock

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply