ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi tukar nombor plet kereta, warga Singapura didenda RM8,000

Berita Tempatan

Views

Ingat tak lagi kira-kira dua bulan lepas kami pernah menyiarkan beberapa foto seorang lelaki warga Singapura yang kantoi menukar nombor plet keretanya dengan nombor plet lain semasa di sebuah stesen minyak? Difahamkan dia berbuat demikian bagi mengelakkan dari disaman memandu melebihi had laju. Nombor plet yang ditukar itu sebenarnya didaftarkan pada sebuah Hyundai Elantra.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Semalam, lelaki tersebut telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000 oleh Mahkamah Khas Trafik Johor Bahru selepas mengaku bersalah mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain pada kereta yang dipandunya.

Tertuduh, Tan Hock Lai, 44 dihadapkan ke mahkamah pagi semalam atas dakwaan memandu kereta jenis BMW 320i dengan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain. Kesalahan itu dilakukan di stesen minyak Petron di Lebuhraya LinKedua, Gelang Patah, Johor kira-kira jam 7.35 pagi pada 18 Mei lalu.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Foto-foto lelaki itu sedang menukar nombor plet BMW 320i berwarna emas itu telah tular di beberapa laman sosial dan telah menerima pelbagai kecaman dari warganet. Difahamkan tertuduh telah menyerah diri pada 2 Julai lalu selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan siasatan.

Syabas bawang-bawang Malaysia, anda dah berjaya membuatkan ‘si penipu’ ini menyerah diri dan dikenakan hukuman. Kalau boleh JPJ haramkan dia dari memandu di Malaysia untuk beberapa tahun, sampai bila-bila pun tak apa.

Sumber : Info Roadblock JPJ/POLIS.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply