ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kapal kargo bawa ribuan unit kenderaan milik Volkswagen Group terbakar di lautan Atlantik

Berita Tempatan

Views

Sebuah kapal kargo yang membawa muatan hampir 4,000 unit kenderaan milik Volkswagen Group terbakar di pantai Portugal minggu ini.

Kesemua 22 orang anak kapal telah berjaya diselamatkan oleh tentera laut Portugis dan mereka kini dalam keadaan selamat.

Walaubagaimanapun, nasib kenderaan yang berada di dalam kapal tersebut masih lagi tidak diketahui. Kapal Felicity Ace belayar dari pelabuhan Emden, Jerman pada 10 Februari lalu dan dijangka berlabuh di Davisville, Rhode Island pada pagi 23 Februari.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Kapal yang ditinggalkan itu membawa kenderaan dari jenama Volkswagen, Audi, Lamborghini, Porsche dan Bugatti kini dikatakan hanyut di lautan Atlantik.

Pada pagi 16 Februari lalu, kapal tersebut telah menghantar isyarat kecemasan berikutan kebakaran yang merosakkan salah satu dek kargo.

Menurut portal Naftika Chronika, anak kapal Felicity Ace telah menyelamatkan diri menggunakan bot penyelamat dan telah diselamatkan oleh Resilient Warrior, sebuah kapal tangki yang dikendalikan oleh syarikat Greece.

Portal tersebut melaporkan, 11 daripada anak kapal berkenaan telah diselamatkan oleh helikopter Tentera Laut Portugis.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Pihak berkuasa masih berusaha mengawal kebakaran semalam dan Porsche mahupun Volkswagen nampaknya masih tidak tahu sama ada kenderaan itu boleh diselamatkan ataupun tidak, menurut kenyataan The Drive.

Matt Farah, dari The Smoking Tyre, berkata bahawa Porsche Boxster Spyder yang dipesannya pada bulan Ogos lalu berada dalam kapal Felicity Ace dan beranggapan bahawa kereta tersebut mungkin telah musnah.

Porsche, bagaimanapun, berkata bahawa tiada butiran lanjut mengenai kereta khusus yang terjejas dan menasihati pelanggan untuk berbincang dengan pengedar tempatan mereka.

Kapal Felicity Ace telah dibina pada tahun 2005 dan mempunyai dimensi panjang 656 kaki dan lebar 104 kaki. Ia mampu membawa muatan sehingga 17,738 tan dan boleh mengangkut hampir 4,000 kenderaan mengikut kapasiti penuh.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply