ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kapal pengawal pantai China dilihat sekitar Beting Patinggi Ali

Berita Tempatan

Views

Kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan Sarawak terus mencetuskan kegusaran dalam kalangan nelayan negeri ini.  Terbaru, kapal pihak berkuasa China itu dikesan di kawasan Beting Patinggi Ali terletak 84 batu nautika dari Miri, Jumaat lalu.

Menurut Berita Harian, sumber berkata, kejadian itu sudah dilaporkan oleh beberapa pemancing tempatan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Miri.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Berikutan itu, difahamkan aset Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikerah ke lokasi terbabit untuk mengetatkan kawalan perairan yang turut dikenali sebagai South Luconia Shoals itu.

Bagaimanapun, jurucakap Maritim Malaysia, Sarawak ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak dapat memberikan ulasan lanjut berhubung perkembangan terkini di Laut China Selatan itu.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Katanya, sebarang ulasan (mengenai kehadiran kapal pengawal pantai China) akan dibuat oleh pihak kementerian yang berkaitan. Beting Patinggi Ali adalah gugusan batu karang yang terletak di perairan utara Sarawak dan berada di dalam zon ekonomi eksklusif (ZEE) Malaysia.

Gugusan batu karang itu antara kawasan yang dituntut oleh China melalui tuntutan 9-Dash Line di Laut China Selatan. Pada Julai tahun lalu, Kerajaan Malaysia menegaskan pendirian untuk menolak tuntutan China di perairan itu melalui surat perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply