ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kapasiti pengeluaran roti Gardenia ditingkatkan kepada 2.2 juta buku sehari

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik buat ‘pemburu roti Gardenia‘! Berita Harian melaporkan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd sedang meningkatkan pengeluaran ke tahap 2.2 juta buku roti sehari menerusi lima kilang yang beroperasi selama 24 jam.

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?

Menurut Pengurus Besar Kanan, Desmond Tan, pengeluaran itu adalah penambahan sebanyak lima peratus daripada jumlah pengeluaran sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jelasnya, bekalan ini akan menampung sebanyak 60 peratus permintaan roti dari seluruh Semenanjung dengan jenama lain turut menampung jumlah permintaan yang tinggi.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Tambah beliau, pengeluaran roti pula akan sentiasa mengikut piawaian ditetapkan termasuk aspek kebersihan, penghantaran dan pengurusan roti yang telah tamat tempoh. Beliau berkata demikian ketika menerima lawatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid ke kilang di Shah Alam, hari ini.

Tan berkata, pengeluaran kasar untuk roti putih adalah sebanyak 840,000 buku sehari. Katanya, 2.2 juta pengeluaran sehari itu pula adalah kombinasi semua jenis roti termasuk roti putih, roti wholemeal, cream rolls, ban dan Twiggies. Sementara itu, KPDNHEP turut bersetuju agar peruncit melaksanakan pembelian roti terhad secara kendiri mengikut keperluan setempat masing-masing demi menjaga kebaikan pengguna yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply