ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kapchai Skuba ciptaan dua-beradik ini jadi ‘fenomena’ di media sosial

Berita Tempatan

Views

Hasil ciptaan dua anak muda dari Kampung Banggol, Setiu, Terengganu kini menjadi ‘fenomena’ di media sosial berikutan video ‘kapchai skuba‘ mereka tular di seluruh dunia. Sinar Harian melaporkan, hasil gabungan kesungguhan dan keberanian Ikram Shahidi Mat Kail, 24, dan adiknya, Muhammad Zakaria, 22, turut membangkitkan keterujaan sesiapa sahaja yang melihatnya termasuk pihak Bernama yang berkesempatan melihat mereka meredah banjir, lewat petang semalam.

Motosikal jenis Modenas Kriss 110 dan Honda C70 itu bukan sahaja masih berfungsi apabila sudah tenggelam sepenuhnya di dalam air, malah mampu bergerak laju meskipun air sudah pun berada pada paras leher penunggang.

Ikram Shahidi berkata, kreativiti itu lahir dengan perasaan ingin mencuba namun tidak menyangka ia membuahkan hasil dan lebih menarik, mereka hanya mengambil masa dua jam untuk melakukan pelbagai proses pengubahsuaian.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Bagi menyempurnakan misi meredah air, dia mengubah suai botol plastik bagi menggantikan tangki minyak, karburetor dan saluran udara ke karburetor, hujung paip ekzos yang kesemuanya diletakkan dengan kedudukan lebih tinggi daripada motosikal biasa bagi membolehkan motosikal itu bergerak dalam paras air yang tinggi.

Menurutnya, dia sudah mencuba membuat motosikal tersebut namun gagal kerana enjin motor mati dalam air. Namun dia mencubanya sekali lagi baru-baru ini dan hasil cantuman pelbagai idea kawan-kawan motosikal itu berjaya disiapkan dalam tempoh dua jam.

Mereka berdua meronda sekitar kampung pada petang kelmarin, namun tidak menyangka rakaman video yang diambil beberapa rakan itu menjadi tular dan ramai nyatakan kekaguman dengan kreativiti mereka. Muhammad Zakaria yang sering digelar Pok Ya pula berkata, mereka melakukan perkara itu sekadar mengisi masa lapang selepas penat bekerja sebagai mekanik, selain menggunakannya untuk mengambil hasil tangkapan ikan di kawasan banjir dan menangkap burung.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Kedua-dua mereka sebenarnya tidak pernah mendapat pendidikan formal tetapi ia hanya hasil minat terhadap komponen motosikal sejak kecil dan pernah bekerja dengan mekanik lain selama beberapa tahun sebelum membuka bengkel kecil di kampung. Tambah Pok Ya, mereka ingin belajar secara formal jika ada rezeki kerana bercadang untuk mencipta motosikal amfibia pula pada musim banjir akan datang, pada masa yang sama membantu memindahkan orang kampung ke kawasan selamat.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia Sepadu Banggol, Khairul Afendi Ibrahim berkata, kreativiti dua beradik tersebut sangat membanggakan penduduk kampung kerana secara tidak langsung nama Kampung Banggol mula dikenali menerusi video berkenaan.

Dia mula memuat naik empat video klip pada pukul 6.35 petang Selasa dan tidak menyangka status itu tular di Facebook apabila menerima lebih 1,000 komen dan 23,000 perkongsian (setakat 8.30 pagi ini). Katanya, dia hanya merakam video itu sebagai kenangan kehebatan dua rakan kampung mereka atas inovasi ini, namun tidak menyangka ia tular.

Tambahnya lagi, sehingga kini dia masih menerima pesanan di Facebook Messenger dari beberapa negara lain termasuk Thailand, Vietnam, Filipina, Laos dan Amerika Syarikat yang berminat dengan video tersebut. Malah, dia turut menerima beratus-ratus permintaan dari orang ramai yang ingin menjadi kenalan di Facebook sehinggakan tidak menang tangan melayan pelbagai pertanyaan mereka yang teruja.

Syabas anak muda!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply