ARKIB

KATEGORI

Info

Karya agung Fabian Oefner dijadikan poster ulang tahun ke-10 enjin V10 Audi R8

Info

Views
Audi Films: Audi R8 Disintegration - Fabian Oefner

Sempena meraikan ulang tahun ke-10 enjin V10 model R8, Audi melakukan sesuatu yang unik dengan mengupah seorang artis Fabian Oefner untuk menghasilkan satu karya agung seni yang paling lama untuk dihasilkan. Beliau sebelum ini pernah menghasilkan karya yang sama untuk model Lamborghini Miura dan Porsche 956 Le Mans Prototype.

JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

Jika anda melihat hasil karya Audi R8 yang tercurai segala komponen ini, ia nampak seperti karya manipulasi salin dan tampal dengan cara mudah kan? Tetapi apabila anda melihat video di sebalik tabir pembikinan karya seni tahap tinggi ini, sudah pasti kita dapat merasai betapa sukarnya untuk menghasilkan kesan visual sedemikian.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Beberapa bahagian badan model R8 tersebut terpaksa direlaikan satu persatu, hatta komponen sekecil bolt dan nat pun turut diasingkan untuk dirakam gambar. Gambar-gambar tersebut dirakam menerusi sebuah kamera digital Hasselblad, kemudiannya dikumpul, digabung dan diolah dengan sebegitu teliti supaya ia kelihatan sangat realistik, seolah-olah melihat R8 ini meletup dan terburai/berkecai lantas menghamburkan segala isi komponennya.

Hasilnya, poster ini cukup mengagumkan dan olahan komposisi karya yang cukup rapi ini sangat realistik dan dramatik. Poster bertajuk “Disintegrating” ini berukuran 12.75 inci x 30 inci ini turut dijual sebagai koleksi pada harga $24.95 (RM103.50) menerusi laman sesawang rasmi Audi. Berminat?

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply