ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Kasma Daniel ‘ditendang’ keluar SAG Team – Bakal kembali ke CEV dan ARRC

Sukan Permotoran

Views

Kosmo! melaporkan, seorang demi seorang pelumba negara hilang tempat pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), dan kini giliran Kasma Daniel Kasmayudin ‘ditendang’ keluar daripada pasukan SAG Team dan tempatnya digantikan dengan pelumba muda berusia 21 tahun dari Belanda, Bo Bendsneyder.

Perkara itu berlaku selepas TKKR Racing Team membuat keputusan menamatkan penajaan bersama pasukan tersebut selepas Mandalika Racing Team (MRT) dari Indonesia bersetuju menjadi rakan penaja bersama pasukan berkenaan bagi musim 2021.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Ketiadaan Kasma (Moto2) dan Khairul Idham Pawi (Moto3) menyaksikan hanya Hafizh Syahrin Abdullah menjadi pelumba tunggal negara yang kekal beraksi pada saingan MotoGP dalam kelas Moto2 musim depan. Terdahulu, bapa Kasma iaitu Kasmayudin Margono yang dihubungi Kosmo! kelmarin mengesahkan anaknya itu tidak lagi bersama SAG Team pada musim depan.

Katanya, mereka hanya menunggu keputusan daripada SAG Team sendiri selepas mereka mengumumkan kerjasama dengan pasukan dari Indonesia dan segalanya terjawab setelah Kasma tidak akan bersama mereka pada saingan Moto2 musim depan meskipun masih mempunyai kontrak sehingga 2022.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Tambah Kasmayudin, mereka menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan perpisahan ini dibuat dengan cara yang baik. SAG Team juga memohon maaf atas kesulitan ini. Kasmayudin turut menjelaskan, beliau sedang berusaha memastikan karier anaknya tidak terhenti sekerat jalan dan bertekad untuk kembali pada perlumbaan CEV Moto2 Eropah dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Jelasnya, mereka kini sedang dalam perbincangan dengan pelbagai pasukan CEV dan ARRC. Pada masa sama, mereka juga sedang berbincang dengan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) untuk mendapatkan bantuan kewa­ngan bagi menyertai perlumbaan tersebut.

Kasma pernah beraksi pada saingan ARRC 2019 kategori SUPERSPORTS 600cc bersama pasukan Hong Leong YAMAHA Malaysia dan muncul selaku naib juara. Pada tahun sama, Kasma juga beraksi pada saingan CEV 2019 bersama pasukan Dynavolt Intact SIC Junior Team.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kasma Daniel

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply