ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kaspul Anwar bawa cabaran Malaysia ke Fuelwatch Challenge World Finals

Views

Hujung minggu lalu telah berlangsungnya peringkat akhir Volvo Trucks Malaysia’s Fuelwatch Challenge yang telah diadakan di Shah Alam. Untuk edisi ke-8, Kaspul Anwar bin Abdul Karim dari Prifaria Sdn Bhd telah berjaya muncul sebagai juara dengan mengetepikan lapan finalis dan bakal mewakili negara ke Sweden untuk menyertai cabaran Fuelwatch Challenge World Finals pada bulan hadapan.

Cabaran Fuelwatch Challenge pada tahun ini telah bermula sejak Julai lalu dengan pusingan kelayakan diadakan di lapan lokasi terpilih, Johor Bahru, Kuantan, Kuching, Ipoh, Bintulu, Prai, Pelabuhan Klang dan Kota Kinabalu.Buat pertama kalinya, seorang peserta wanita berusia 32 tahun dari Prai, Junaidah Binti Ibrahim yang mewakili Benua Haulage Sdn Bhd, berjaya lolos ke pusingan akhir.

Berikut adalah keputusan Malaysia’s Fuelwatch Challenge 2017:

  • Juara – Kaspul Anwar bin Abdul Karim (Prifaria Sdn Bhd) yang mencatat 3.97 kilometer untuk satu liter bahan api.
  • Naib Juara – Firdaus bin Salim (Swift Integrated Logistics Sdn Bhd) yang mencatat 3.87 kilometer untuk satu liter bahan api.
  • Tempat Ketiga – Ahmad Sulaiman (Konsortium PD Sdn Bhd) yang mencatat 3.84 kilometer untuk satu liter bahan api.

Di pusingan akhir, lapan finalis perlu memandu dengan jarak sejauh 20km dengan membawa kontena sepanjang 40-kaki menggunakan trak Volvo FM 440 dengan I-Shift. Ciri I-Shift dalam trak Volvo merujuk kepada 12-kelajuan, dua-pedal, transmisi automatik manual ringan yang memberikan keselesaan kepada pemandu, keselamatan, kapasiti muatan dan kecekapan bahan bakar.

Sebagai juara, Kaspul Anwar bin Abdul Karim menerima sebuah trofi, peluang untuk mewakili negara ke Drivers’ Fuel Challenge di Sweden pada bulan hadapan dan baucar BSN bernilai RM5,000. Majikannya Prifaria Sdn Bhd pula, memenangi perjalanan yang ditanggung sepenuhnya ke pusingan akhir, langganan percuma setahun Volvo Dynafleet untuk tiga buah trak dan juga sebuah trofi.

Firdaus bin Salim, pula membawa pulang trofi dan baucar BSN bernilai RM3,000 dan majikannya pula menerima langganan percuma setahun Volvo Dynafleet untuk dua buah trak dan juga trofi. Ahmad Sulaiman pula memenangi baucar BSN bernilai RM2,000 serta trofi, manakala majikannya pula menerima langganan percuma setahun Volvo Dynafleet untuk sebuah buah trak dan trofi.

Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson berkata Fuelwatch Challenge merupakan inisiatif untuk membina kemahiran pemandu dan berbangga kerana untuk edisi kali ini, seorang peserta wanita berjaya memacah dominasi pemadndu lelaki dengan menempatkan diri ke pusingan akhir.

Seramai 1670 orang pemandu trak mencuba nasib dalam cabaran tahun ini, meningkat 19 peratus berbanding tahun lalu. Sejak mula diperkenalkan pada 2010, Volvo Fuelwatch Challenge telah berjaya mendidik lebih dari 6,000 orang pemandu trak dari seluruh pelusuk tanah air tentang bagaimana untuk meningkatkan kecekapan memandu dan tingkah laku untuk menjadi lebih cekap bahan api dan pemandu yang lebih selamat di jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply