ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kaunter JPJ akan dibuka semula bagi urusniaga tertentu bermula 29 April ini

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan membuka kaunter untuk urusniaga kenderaan perdagangan termasuk lesen memandu dan lesen vokasional sahaja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 29 April ini.

Menerusi satu kenyataan, JPJ berkata, ia melibatkan perkhidmatan urus niaga bagi kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan barangan dan kenderaan pelancongan. Operasi kaunter dibuka pada hari bekerja bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari sahaja.

Bagaimanapun, hanya beberapa pejabat akan beroperasi dalam satu-satu negeri. Perkhidmatan di kaunter pula hanya melibatkan urus niaga membabitkan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) kenderaan perdagangan.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Selain itu, kaunter juga dibuka untuk urusan lesen memandu Malaysia, lesen Vokasional (GDL, PSVD) dan penyelesaian senarai hitam serta pembayaran saman. JPJ berkata, bagi urus niaga di kaunter melibatkan perkhidmatan lain, arahan pembukaan hanya akan dikeluarkan mengikut perkembangan semasa berhubung isu wabak COVID-19 yang mana ia meliputi keputusan kerajaan kelak.

Demi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan pematuhan terhadap PKP, semua pihak dinasihatkan untuk mengikuti garis panduan pencegahan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berikut adalah senarai cawangan yang akan dibuka bagi urus niaga pembaharuan (LKM) kenderaan perdagangan:

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju
  • JPJ cawangan Bandar Seri Permaisuri
  • JPJ cawangan Manjalara

Negeri Sembilan

  • JPJ Negeri Sembilan, Seremban
  • JPJ cawangan Kuala Pilah
  • JPJ cawangan Jempol

Johor

  • JPJ Johor
  • JPJ Muar
  • JPJ Segamat
  • JPJ Batu Pahat
  • JPJ Kluang
  • JPJ Pontian
  • JPJ Mersing

Sabah

  •  JPJ Sabah, Kota Kinabalu
  • JPJ cawangan Sandakan
  • JPJ cawangan Tawau
  • JPJ cawangan Lahad Datu
  • JPJ cawangan Keningau
  • JPJ cawangan Beaufort
  • JPJ cawangan Kota Marudu

Perlis

  • JPJ Negeri Perlis

Pulau Pinang

  • JPJ Seberang Jaya
  • JPJ Batu Uban

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Perak

  • JPJ Ipoh
  • JPJ cawangan Taiping
  • JPJ cawangan Manjung
  • JPJ Teluk Intan

Melaka

  • JPJ Bukit Katil

Selangor

  • JPJ Shah Alam
  • JPJ cawangan Petaling Jaya
  • JPJ cawangan Bangi
  • JPJ cawangan Banting
  • JPJ cawangan Kuala Kubu Baharu
  • JPJ cawangan Sabak Bernam

Kedah

  • JPJ Negeri Kedah
  • JPJ cawangan Sungai Petani
  • JPJ cawangan Langkawi

Sarawak

  • JPJ Kuching
  • JPJ cawangan Sri Aman
  • JPJ cawangan Sarikei
  • JPJ cawangan Bintulu
  • JPJ cawangan Sibu
  • JPJ cawangan Miri

Pahang

  • JPJ Pahang
  • JPJ cawangan Temerloh
  • JPJ cawangan Raub

Kelantan

  • JPJ Kelantan

Terengganu

  • JPJ Terengganu

Wilayah Persekutuan Labuan

  • Labuan

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply