ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kawasaki kini miliki 30 peratus kepentingan dalam Modenas

Berita Tempatan

Views

Kami mungkin terlepas pandang mengenai berita ini. Minggu lalu, Berita Harian melaporkan DRB-HICOM Bhd telah menjual 11 peratus kepentingan dalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) kepada Kawasaki Heavy Industries Ltd (KHI) dengan nilai RM40.3 juta.

Ia bagi membolehkan syarikat dari Jepun itu mempunyai tahap penyertaan yang lebih tinggi dalam pengurusan Modenas. Cadangan penjualan itu akan meningkatkan kepentingan ekuiti KHI dalam syarikat motosikal nasional itu kepada 30 peratus, menurut Modenas dalam kenyataan tersebut.



JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

KHI turut melanggan 52 juta saham keutamaan boleh tukar (CPS) yang akan dikeluarkan oleh Modenas. Selepas ditukar, kepentingan KHI dalam syarikat itu akan meningkat kepada 48 peratus. Penukaran itu akan tertakluk kepada Modenas mencapai pencapaian strategik yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan.

Kepentingan ekuiti DRB-HICOM akan merosot kepada 52 peratus berikutan pertukaran CPS. Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, saham KHI yang lebih besar dalam Modenas bakal menyaksikan syarikat itu mengambil bahagian secara aktif dalam operasi Modenas.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Beliau percaya ia akan meningkatkan fasa produk yang didorong pelanggan itu untuk Modenas, terutamanya dalam segmen street bike dan sports bike. Sejak penubuhannya pada 1960, Kawasaki telah berkembang menjadi pengeluar motosikal global yang utama, dengan kilang di Amerika Syarikat, Filipina, India, Thailand dan Indonesia, selain Jepun.

Antara rangkaian produk paling popular syarikat itu termasuklah Ninja, Versys dan GTR. Apakah perancangan Kawasaki untuk Modenas nanti? Adakah kerjasama antara Modenas dan Bajaj bakal berakhir? Kami berharap projek supermoped Modenas diteruskan kerana ada ura-ura mengatakan model tersebut tidak akan menjadi kenyataan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto sekadar hiasan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply