ARKIB

KATEGORI

Buletin

KDYMM Pemangku Raja Pahang sanggup berpayung dalam hujan lebat bantu mangsa kemalangan

Berita Tempatan

Views

Biarpun hujan lebat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sanggup mencemar duli membantu mangsa kemalangan di Kilometer 103.3 Lebuhraya Pantai Timur dekat Lanchang, petang semalam.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Sambil memegang payung, baginda sempat bertanya khabar kepada kedua-dua mangsa sebelum melihat sendiri kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu. Dalam kejadian tersebut, sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux berwarna hitam terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas, namun mangsa yang dipercayai dari Sungai Lembing bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius.

KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah juga ada menasihati kepada semua untuk memandu dengan berhati-hati terutamanya ketika hujan lebat bagi mengelakkan kemalangan. Selepas berpuas hati dengan keadaan mangsa, baginda meneruskan perjalanan ke ibu negara.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Menurut, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman, pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan pada pukul 2.26 petang akibat terbabas sendiri yang dilawati Pemangku Raja Pahang itu. Katanya kemalangan berlaku semasa pemandu dan seorang penumpang dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.

Semasa tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta berkenaan gagal mengawal kenderaan kerana jalan licin dan hujan lebat hingga menyebabkan kenderaan mereka terbabas dan terbalik di tengah jalan menghala ke Kuala Lumpur. Pemandu trak pikap itu mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk menerima rawatan.

Sumber : Kerajaan Negeri Pahang dan Pahang Story.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply