ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kebakaran bateri litium pada EV rumit, sukar dipadam – Bomba

Berita Tempatan

Views

Garis panduan berhubung pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik (EVCS) sedang diperhalusi berikutan kerumitan untuk memadamkan api berpunca daripada bateri litium yang digunakan.

Foto hiasan

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat berkata, setakat ini tiada lagi agen yang mampu memadamkan kebakaran akibat bateri litium yang lazimnya digunakan pada kenderaan elektrik (EV).

“Sehingga kini di seluruh dunia belum ada satu lagi pun agen pemadaman yang boleh memadamkan kebakaran bateri litium yang digunakan pada kenderaan EV (amnya).

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

“Kita hanya boleh melemaskan saja api (sehingga terpadam) tetapi hendak memadamkan (secara cepat) itu belum ada.

“Malah, litium itu sifatnya dia boleh ignite (menyala) semula walaupun api sudah dipadamkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Building Fire Safety: Regulations di Kuala Lumpur, kelmarin.

Foto hiasan

Seramai 140 peserta terdiri daripada badan pengurusan bersama (JMB), perbadanan pengurusan (MC), persatuan penduduk, pemilik premis dan orang awam menyertai kursus percuma selama satu hari itu.

Antara topik dibincangkan ialah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) Pindaan 2018 selain pemasangan keselamatan kebakaran, dan kelengkapan menentang kebakaran.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Rozihan berkata, JBPM Kuala Lumpur sedang bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengawal seliaan pemasangan EVCS di ibu negara bagi mengurangkan risiko kebakaran.

Katanya, ia meliputi pemasangan EVSC bukan saja di premis komersial, pejabat malah pemasangan di kediaman peribadi juga akan diselia pihaknya kelak.

“Fenomena kenderaan EV menyebabkan JBPM dan DBKL perlu teliti kerana permohonan projek melalui DBKL, jadi kami akan lihat dengan terperinci. Kita tahu kerajaan umum nak bina 10,000 EVCS, jadi kita akan buat penguatkuasaan.

“Pemasangan di premis perlu dapatkan kebenaran bomba, hantar dokumen kepada JBPM dan kita akan cadangkan jenis EVCS sama ada arus elektrik AC atau DC semuanya ada garis panduan,” katanya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bomba Kuala Lumpur

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply