ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kebocoran gas dalam ambulans – Seorang petugas kesihatan maut, tiga lagi pengsan

Berita Tempatan

Views

Seorang petugas kesihatan Klinik Kesihatan Bukit Pelandok di Port Dickson meninggal dunia manakala tiga lagi didapati pengsan di dalam ambulans yang tiba di Hospital Port Dickson, pagi tadi.

Menurut Sinar Harian, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa yang meninggal dunia merupakan lelaki berusia 29 tahun manakala tiga lagi lelaki yang tidak sedarkan diri berusia 30-an.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurut beliau, bomba pada awalnya menerima maklumat berlaku kebocoran gas di Klinik Kesihatan berkenaan pada jam 9.30 pagi. Katanya, seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan HAZMAT telah ke lokasi untuk membuat pemeriksaan di premis namun mendapati tiada berlaku sebarang kebocoran.

Pihak Klinik Kesihatan memaklumkan seorang petugas klinik itu rebah tiba-tiba selepas mengadu sakit dada sebelum tiga petugas lain membawa mangsa ke hospital menggunakan sebuah ambulans. Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di hospital mangsa dan tiga petugas yang duduk di belakang ambulans didapati tidak sedarkan diri.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ujarnya, pihak hospital yang membuat pemeriksaan mengesahkan yang mangsa meninggal dunia manakala tiga lagi diberi rawatan lanjut.

Sementara itu Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Mohammad Idris berkata, punca kejadian masih dalam siasatan, namun pihaknya tidak menolak kemungkinan berpunca daripada kebocoran gas di dalam ambulans.

Tambahnya lagi, kejadian sama turut berlaku semalam (Rabu) apabila seorang petugas kesihatan yang menaiki ambulans sama didapati pengsan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply