ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kehidupan “The Flying Sikh” sukar akibat COVID-19 – Bakal jadi pemandu Grab demi kelangsungan hidup

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini kami ada menyiarkan kisah lagenda sukan permotoran negara Karamjit Singh yang menjual Proton Waja miliknya pada harga RM7,000 untuk membeli sebuah Saga baharu sebagai kenderaan Grab.

Menurut Harian Metro, pada usia 58 tahun, beliau sebenarnya masih lagi mampu untuk mengharumkan negara, malah hingga kini belum ada mana-mana pelumba tempatan yang mampu mengatasinya baik dari segi pengalaman mahupun di pentas pertandingan.

Dalam dunia permotoran negara ketika ini masih tiada pelumba tempatan berupaya mengulangi pencapaian beliau, bergelar ‘juara dunia’. Namun, beliau kini tidak lagi dapat berlumba berikutan COVID-19 hinggakan terpaksa menjual kereta kesayangannya dan bekerja sebagai pemandu Grab bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Mengakui masih sayang ketika menjual kereta itu, beliau yang pernah berlumba untuk pasukan Petronas EON Racing Team dan Pasukan Proton Pert Malaysia menggunakan kereta rali Proton 4WD itu terpaksa melakukannya kerana syarat yang ditetapkan pihak Grab.

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

Banyak telah dikorbankan demi mengharumkan nama Malaysia dan Proton di pentas dunia. Katanya, tiada lagi harta yang tinggal, kereta, rumah, wang simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semuanya habis digunakan sebagai modal untuk berlumba rali di peringkat Asia Pasifik satu ketika dulu.

Justeru, bapa seorang anak itu melihat menjadi pemandu Grab jalan terbaik bagi dirinya yang masih perlu menyara keluarga. Pernah dijanjikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mendapat pencen hasil kejayaan di arena rali dunia, namun ia hanya janji mulut dan hingga kini tidak pernah menerimanya.

Katanya, beliau pernah bertemu KBS sekitar 2005 atau 2006 dan mereka mengatakan yang beliau layak untuk menerima pencen kerana kejayaan bergelar juara dunia sama seperti kejayaan meraih emas. Ketika itu mereka kata beliau boleh dapat RM5,000.

Namun ia ‘masih tinggal janji’ dan hingga sekarang beliau masih belum ‘merasa’ pencen berkenaan. Tambah Karamjit, pencen itu amat diperlukan untuk hari tuanya, namun ketika ini beliau masih mahu berlumba sekurang-kurangnya untuk dua tiga tahun lagi.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Beliau mahu berlumba hingga ke negara Asia Pasifik lain seperti New Zealand, Indonesia dan lain-lain lagi kerana masih mampu bergelar nombor satu Asia. Kecergasannya juga di tahap yang terbaik dan beliau merasakan ramai anak muda masih lagi belum mampu untuk menewaskannya.

Ujar Karamjit, beliau ke gimnasium empat kali seminggu selain melakukan aktiviti memanjat bukit dan gunung untuk kekal cergas, manakala dari segi kemahiran beliau masih nombor satu. Katanya lagi, ramai peminat mahukan beliau untuk berlumba semula.

Walaubagaimanapun, sekarang sukar untuk mendapatkan penajaan kerana kos berlumba dalam dunia permotoran tidak murah walaupun tidak semahal formula satu (F1). Jelas apa yang terjadi kepada Karamjit itu membuktikan sukan permotoran di Malaysia belum mendapat perhatian penuh kerajaan.

Nama Karamjit menjadi sebutan para peminat sukan permotoran pada era 90-an dengan mendominasi kejuaraan rali di Malaysia. Karamjit seterusnya mengorak langkah dengan menjadi juara pada Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada 2001.

Kejayaan paling diingati apabila beliau muncul juara dunia WRC untuk kategori Kereta Pengeluaran Dunia FIA pada 2002 walaupun pada tahun pertama percubaan. Selain itu, beliau juga merupakan pelumba Asia yang pertama memenangi kejuaraan itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply