ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kejuaraan Esports Toyota Velocity yang pertama pamerkan sisi dinamik dan kesukanan era baharu

Views

Seramai 400 peserta telah bersaing sesama sendiri di dalam acara perlumbaan Esports (sukan elektronik) terbesar di Malaysia untuk merebut takhta sebagai pemandu simulator paling pantas dan berkemahiran tinggi di Malaysia. Kejuaraan Toyota Velocity itu telah berlangsung di Blue Atrium, Sunway Pyramid di Petaling Jaya, Selangor dari 21 hingga 23 September 2018.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menjadi syarikat pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang terlibat secara langsung dalam aktiviti Esports yang semakin berkembang ketika ini. Ia turut menjadi cerminan kepada aktiviti-aktiviti sukan permotoran dibawah Toyota Gazoo Racing kepada khalayak umum, disamping memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri keseronokan perlumbaan.

Presiden UMWT, Ravindran K berkata, pihaknya sangat teruja dengan sambutan hangat yang diterima daripada orang ramai bagi Kejuaraan Toyota Velocity yang dianjurkan buat pertama kali ini. Esports sememangnya sebuah industri yang kian pesat berkembang ketika ini, bukan hanya di Malaysia, malahan diperingkat global. Penglibatan Toyota dalam acara seumpama ini melengkapi lagi sisi dinamik dan sporty yang ingin dibawa oleh jenama tersebut.

Kejuaraan Toyota Velocity ini menyaksikan para peserta menggunakan jentera lumba ikonik Toyota iaitu Toyota GR Supra Racing Concept. Dilengkapi dengan mesin simulator Playstation Gran Turismo Sports, kesemua peserta berlumba di atas Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun, dengan suasana perlumbaan 3D dan persekitaran yang realistik.

JOM BACA >> Toyota perkenal Fortuner, Innova dan Hilux yang dipertingkatkan

Setelah berlumba selama dua hari, 10 orang peserta terbaik perlu bersaing di pusingan akhir yang berlangsung pada hari Ahad, untuk merebut trofi kejuaraan dan hadiah wang tunai. Tiga pemenang teratas akan membawa pulang RM20,000, RM10,000 dan RM5,000. Sementara itu, hadiah saguhati RM2,000 pula akan diberikan kepada tujuh peserta akhir yang terlibat. Keseluruhannya, sejumlah RM60,000 hadiah wang tunai ditawarkan untuk kejuaraan ini.

Selain pertandingan dalam kejuaraan ini yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang mendaftar untuk ikut serta, turut diadakan ialah perlumbaan pertunjukan antara selebriti dari acara perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) Racing Festival seperti Diana Danielle, Janna Nick, Shawn Lee dan Syukri Yahaya Aiman Tino, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Akim Ahmad serta Nabil Ahmad.

Semua selebriti ini turut meluangkan masa bersama peminat mereka ketika acara ini. Para peminat juga boleh melihat sendiri aksi sebenar perlumbaan selebriti ini di karnival TGR Racing Festival pusingan ke 2 yang akan berlangsung di MAEPS Serdang, dari 19 hingga 21 Oktober 2018.

JOM BACA >> INTIP: Proton X70 dengan celoreng penyamaran dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply