ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kekurangan pemandu lori tangki cetus krisis bekalan bahan api di UK

Berita Global

Views

Kerajaan United Kingdom (UK) bersedia untuk melonggarkan peraturan visa bagi menarik lebih ramai pemandu lori berikutan ia kini berdepan masalah kekurangan bekalan bahan api.

Menurut Harian Metro, kekurangan pemandu lori tangki menyebabkan barisan panjang di stesen minyak beberapa hari kebelakangan ini kerana orang awam melakukan pembelian panik selepas beberapa stesen ditutup akibat kurang penghantaran.

Sehingga 5,000 visa sementara akan dikeluarkan di bawah skim jangka pendek, walaupun jumlah kekurangan pemandu kenderaan berat mencecah 100,000 orang.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Langkah itu disifatkan sebagai pusingan U oleh Perdana Menteri, Boris Johnson di mana kerajaannya mengetatkan peraturan imigresen selepas Brexit dan berulang kali menyatakan pendirian Britain untuk mengakhiri kebergantungan kepada pekerja asing.

Johnson berdepan tekanan dan diminta segera bertindak selepas gabungan pandemik dan Brexit menyebabkan masalah kekurangan penghantaran bekalan bahan api dan peningkatan harga tenaga.

Selain penghantaran bahan api, kekurangan pemandu lori turut menjejaskan penghantaran makanan dan barangan lain.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Di saat barisan panjang kereta menanti untuk mengisi bahan api khususnya di tenggara England, pejabat Johnson semalam mengesahkan bahawa kerajaan sedang ‘melihat langkah sementara untuk mengelak masalah’.

Jurucakap Downing Street berkata, langkah berkenaan sangat terhad dan menekankan bahawa negara mempunyai bekalan bahan api mencukupi dan tiada kekurangan bekalan berlaku.

Mike Davey, 56, berkata, dia terpaksa menanti lebih setengah jam untuk mengisi petrol yang dikendalikan Tesco di Kent. Selain itu, terdapat cadangan menyebut untuk menggunakan tentera bagi membantu proses penghantaran petrol.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply