ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kelas kecergasan FlyCycle Outdoor terbesar di Malaysia berjaya wujudkan kesedaran terhadap Mobiliti Bervisi

Views

BMW Malaysia dan FLYPROJECT baru-baru ini telah menganjurkan kelas FlyCycle outdoor yang terbesar di Malaysia di The Square, Publika. Acara tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen pengeluar kenderaan premium, BMW Group untuk menarik perhatian umum terhadap Mobiliti Bervisi.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, En. Harald Hoelzl berkata, sebagai perintis Mobiliti Elektro di Malaysia, ia merupakan tanggungjawab syarikat untuk meningkatkan kesedaran terhadap potensi dan kemungkinan yang ditawarkan oleh teknologi dan mobiliti alaf baharu.

Kolaborasi unik ini yang merupakan sebahagian daripada kempen ‘Born Electric’ dan menjadi peluang terbaik untuk merungkaikan BMW i8 Coupé baharu kepada orang ramai. Acara unik ini yang menampilkan kelas kecergasan FlyCycle dan FlyFight telah disertai seramai 100 individu dan diterajui oleh pelatih-pelatih yang berbakat dari FLYPROJECT, iaitu Syed Harris Umar, Isabelle Wong dan Swarna Naidu.

Turut mengambil peluang untuk menyertai acara kecergasan ini juga ialah personaliti-personaliti gaya hidup: Nurulain Edruce, Chloe Chen, Yvonne Lee, Karen Kho, Megan Tan, Michelle Lee, Grace Choong, Talitha Tan, Nelissa Nezam dan Loreal Mok. Kelas FlyCycle dimulakan dengan kayuhan basikal senaman daripada para peserta secara bersama, sementara skrin projeksi dicahayakan untuk mempamerkan BMW i8 Coupé yang baharu.

JOM BACA >> INTIP : VISI 2020 – Adakah SUV Misteri Ini Model Pertama Kereta Nasional Ketiga?

BMW i8 Coupé baharu merupakan satu lagi model ikonik BMW i yang akan mendefinisikan semula teknologi kenderaan Hibrid Plug-in. Visi Generasi Baharu ini menampilkan seni bina kenderaan LifeDrive yang akan melengkapi kesemua model BMW i yang akan datang. BMW i8 juga telah melakar empat kemenangan secara berturut-turut bagi Anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa sejak tahun 2015.

Ia turut merangkumi beberapa pencapaian yang lain, termasuk penggarapan Anugerah iF Design dan Anugerah Red Dot yang turut mencerminkan kualiti dan tarikan inovasi seni bina LifeDrive yang baharu bagi model kenderaan BMW i. Teknologi pemacu canggih yang didatangkan oleh BMW i8 Coupé merangkumi motor elektrik pada gandar hadapan dan enjin pembakaran dalaman pada gandar belakang.

Bateri bervoltan tinggi kenderaan ini pula mempunyai kapasiti sel 33 Ah; manakala motor elektrik jentera ini dapat menjana output setinggi 105 kW, dan capaian elektrik menjangkaui 55 kilometer. Enjin pembakaran pengecas turbo tiga silinder yang melengkapi kenderaan tersebut juga menampilkan ciri suntikan terus dan pemasaan injap pembolehubah VALVETRONIC yang mampu menjana output sebanyak 170 kW/231 kuasa kuda melalui penyesaran bahan bakar yang hanya berjumlah 1.5 liter, serta puncak tork pada tahap 320 Nm.

Kombinasi output sistem kenderaan ini yang dihasilkan oleh motor elektrik serta enjin yang berfungsi secara bersama juga ditingkatkan ke tahap 275 kW/374 kuasa kuda. Ia dapat memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.4 saat, dengan penggunaan bahan bakar sebanyak 1.8 l/100 km yang bersamaan dengan 42 g/km bagi emisi karbon dioksida petrol, dan 14.0 kWh/100 km bagi penggunaan kuasa elektrik.

Harga jualan (atas jalan, dengan kadar GST 0 peratus, tanpa insurans dan SST) bagi BMW i8 Coupé baharu ialah:

Semenanjung MalaysiaRM 1,310,800.00
Sabah dan Sarawak– RM 1,313,992.00
LangkawiRM 862,800.00

JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu? 

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply