ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kelonggaran rentas negeri mungkin dalam tempoh terdekat – KJ

Berita Tempatan

Views

Lebih banyak kelonggaran termasuk pergerakan rentas negeri akan diberikan dalam tempoh terdekat. Berita Harian melaporkan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ketika mengesahkan perkara itu menjelaskan perbincangan berhubung kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) giat dibuat, bersandarkan fakta sains dan petunjuk semasa.

Selain itu, katanya, kerajaan bertekad untuk meningkatkan kadar pemberian vaksin di negeri-negeri tertentu yang masih merekodkan liputan di bawah paras 60 peratus seperti Sabah, Kelantan, Kedah, Perak, Johor, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang.

Katanya, beliau sudah bincang perkara ini (pergerakan rentas negeri dan kelonggaran tertentu) dengan DG (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) dan pihaknya sudah memutuskan beberapa siri cadangan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ia akan dibentangkan dalam sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat. Tambahnya, ada harapan untuk rentas negeri, cuma beliau meminta supaya orang ramai supaya bersabar sedikit masa lagi.

Ini kerana kita semua maklum bahawa pembukaan sempadan negeri untuk pergerakan, bakal mengundang risiko, justeru berikan pihaknya meminta tempoh sikit lagi.

Jelasnya, ada beberapa negeri yang nilai ambang vaksinasi masih rendah, justeru menjelang September semua negeri akan capai liputan dos vaksin lengkap dalam kalangan individu dewasa sebanyak 60 peratus.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Berdasarkan perangkaaan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) setakat semalam, Sabah mencatatkan liputan vaksin dos lengkap dalam kalangan individu dewasa paling rendah, iaitu 41.5 peratus berbanding paras kebangsaan 65.9 peratus.

Kadar kedua terendah ialah Kelantan dengan 47.6 peratus, disusuli Kedah (47.9 peratus), Perak (48.9 peratus), Johor (50 peratus), Terengganu (52.7 peratus), Pahang (52.9 peratus) dan Pulau Pinang (59 peratus).

Purata kes dalam tempoh tujuh hari setakat semalam bagi Sabah pula ialah kedua tertinggi selepas Selangor, iaitu 2,570 kes manakala kadar insiden berada pada paras 62.5 bagi setiap 100,000 penduduk.

Statistik berhubung aspek sama bagi Johor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak juga di tahap membimbangkan, dipercayai susulan penularan jangkitan varian Delta yang disahkan sebagai dominan di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply