ARKIB

KATEGORI

Buletin

Keluarga dua sahabat yang maut dirempuh pemandu mabuk cadang ambil tindakan undang-undang

Berita Tempatan

Views

Bagi menuntut keadilan buat anak dan sahabat baik anaknya yang maut dirempuh pemandu mabuk awal pagi semalam, keluarga mangsa bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pemandu kereta tersebut.

Menurut Astro Awani, bapa salah seorang mangsa, Azaman Hashim, 49, berkata dia akan berbincang dengan keluarga rakan anaknya itu untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman pemandu wanita tersebut.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan

Katanya, dia juga berharap pihak kerajaan dan polis dapat ambil tindakan yang lebih tegas terhadap pemandu mabuk kerana sejak kebelakangan ini, semakin kerap berlaku kes kemalangan maut disebabkan mereka (pemandu mabuk) hingga menyebabkan pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Dalam kemalangan pukul 2.30 pagi itu, anaknya membonceng motosikal Yamaha 125 ZR yang ditunggang oleh rakannya itu dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Paya Keladi Hujung, di sini sebelum dirempuh dari belakang.

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting beberapa meter dan motosikal mereka hangus terbakar manakala wanita yang memandu kereta Toyota Vios dan berada di bawah pengaruh alkohol itu tidak mengalami kecederaan.

Azaman yang bekerja kilang berkata beliau dan isteri, Normasirah Mat Sidik, 47, sempat makan bersama anak mereka pada 11 malam tadi sebelum dia keluar dengan rakannya kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.

Ibunya sempat berpesan supaya balik awal dan mereka hanya mengetahui arwah terlibat kemalangan selepas dihubungi pihak polis dan terus bergegas ke lokasi kejadian. Jenazah kedua-dua sahabat itu telah selamat dikebumikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Paya Keladi, semalam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Harian

JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply