ARKIB

KATEGORI

Info

Kemalangan semasa ‘pandu uji’: Siapa perlu bertanggungwab, apa yang anda kena buat?

Info

Views

Kami ingin kongsikan satu informasi menarik yang telah diterbitkan di laman sesawang carsome.my. Kemalangan kereta itu perkara yang biasa, tetapi jika ia berlaku semasa anda sedang dalam sesi ‘pandu uji‘, itu mungkin jarang kita dengar kan?

Sebelum membeli sesebuah kereta, antara perkara ‘wajib’ yang perlu anda buat ialah memandu ujinya terlebih dahulu. Ye lah, ‘tak kenal maka tak cinta’, jangan dilihat pada paras rupanya sahaja kan?

Tujuannya adalah untuk anda mengetahui prestasi dan kondisi kereta tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Salah beli niaya beb, kalau dah ‘ikat loan’ sembilan tahun, menangis kat bucu katil la jawabnya.

Jika berlaku kemalangan semasa pandu uji, siapa yang akan bertanggungjawab?

Sudah pasti banyak persoalan akan terlintas di fikiran. Adakah anda kena tanggung segala kerosakan yang terjadi pada kereta yang bukan milik anda itu? Adakah anda terpaksa beli kereta yang dah rosak itu?

Siapakah yang salah?

Apa yang pasti bukan ‘Mo Salah’. Sebenarnya, ia bergantung kepada tahap kerosakan dan kemalangan yang bagaimana anda terlibat.

Tak lupa juga, siapa yang menyebabkan kemalangan itu dan siapa yang terlibat dalam kemalangan itu. Ini semua faktor yang akan menentukan sama ada dompet anda akan ‘koyak-rabak’ atau anda akan terselamat.

Jika kemalangan yang melibatkan kereta pandu uji ini, siapa yang akan menanggung kos baik pulih kereta? Kalau nak tahu siapa yang sepatutnya bertanggungjawab, kena tengok tahap kerosakan yang dialami pada kereta pandu uji, serta siapa yang mengakibatkan kemalangan tersebut.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Kerosakan tak serius

Katakanlah anda sedang memandu uji, dan anda terlibat dalam kemalangan kecil yang menyebabkan kerosakan kecil sahaja seperti calar, maka anda tak perlu membayar kerosakan yang berlaku.

Ini kerana pengedar kereta sudahpun mempunyai insurans berkumpulan bagi semua kereta untuk pandu uji. Insurans ini sudah cukup untuk melindungi kerosakan kecil yang disebabkan oleh kemalangan yang tidak begitu serius.

Kemalangan dengan kerosakan serius

Walau bagaimanapun, jika kemalangan menyebabkan kerosakan yang sangat teruk dan menyebabkan kereta pandu uji menjadi rugi keseluruhan, kita kena tengok beberapa faktor lain. Seperti apa? Contohnya, siapa yang menyebabkan kemalangan tersebut.

Walau apapun, jika terjadi kemalangan, tidak kisah siapa pun yang bersalah, perkara pertama yang anda wajib buat ialah buat laporan polis. Kalau kereta rosak sampai tak boleh dipandu, hubungi syarikat insurans atau syarikat konsensi lebuh raya untuk sebarang bantuan penundaan kereta yang telah rosak.

Jika kerosakan teruk itu berpunca daripada anda sendiri, yang memandu secara melulu, maka kos baik pulih harus ditanggung oleh anda. Untuk ini, anda ada dua pilihan untuk membayar kos ganti rugi.

Pertama, anda boleh keluarkan duit anda sendiri. Kalau anda daripada golongan T20, mungkin ini tiada masalah untuk anda. Tapi bagaimana anda tiada duit yang cukup? Jangan risau, ada lagi jalan penyelesaian.

Kedua, anda boleh gunakan insurans kereta anda yang sedia ada untuk menanggung kereta pandu uji yang telah anda rosakkan dan musnahkan.

TETAPI, jika jumlah kerosakan melebihi jumlah polisi insurans, mungkin anda terpaksa mengeluarkan juga duit anda sendiri untuk mencukupkan jumlah ganti rugi.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Kalau anda tiada insurans kereta sedia ada dan ini merupakan pembelian kereta anda yang pertama, anda mungkin ‘terpaksa bergolok-gadai‘ untuk membayar jumlah kerosakan yang telah anda buat.

Tapi, kalau bukan anda yang salah?

Andai kata bukan anda yang jadi penyebab kemalangan atau menjadi mangsa keadaan, tetapi yang menjadi punca ialah kereta atau kenderaan lain, macam mana pula?

Untuk kes sebegini, jika pihak polis telah selesai membuat siasatan dan mendapati anda tidak bersalah, maka anda tak perlu risau. Pihak ketiga yang menyebabkan kemalangan itu yang WAJIB menanggung kos baik pulih kereta pandu uji yang anda pandu.

Satu lagi keadaan iaitu kemalangan tersebut disebabkan oleh kereta yang sedang diuji itu mengalami kerosakan sebelum sesi pandu uji lagi, maka dalam kes ini juga, anda tak perlu risau kerana pengedar yang akan menanggung kos kerosakan yang berlaku. Silap hari bulan, kos perubatan anda juga perlu mereka tanggung jika anda cedera dalam kemalangan.

Berita baiknya, anda langsung tak perlu nak bersusah-payah untuk uruskan, kerana pihak pengedar kereta itu sendiri yang akan ‘setel’kan tuntutan insurans ini. Anda cuma mangsa keadaan yang tidak bersalah.

Peringatan: Jangan seronok sangat!

Meskipun cuma kereta pandu uji, anda tetap kena buat ia seperti kereta anda sendiri. Oleh itu, sentiasa berhati-hati semasa memandu. Anda tidak akan tahu apa yang menanti di sepanjang perjalanan sesi pandu uji tersebut.

Memang syok pandu uji, lebih-lebih lagi untuk membeli kereta yang anda idamkan, tetapi anda kena kawal diri dan pandu secara berhemah (nak ‘test power‘ pun, agak-agak lah ye). Semoga tidak berulang lagi kisah seperti yang pernah tular beberapa tahun lalu.

Abang "SEDAP BODOH" Test Drive Mercedes AMG E43 4Matic Berharga RM658888 & Accident | VIRAL MALAYSIA

Nak beli kereta tanpa perlu tunggu lama dan ada ‘ready stock‘? Beli jer kat CARSOME!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply