Jika di Malaysia, lima unit model yang dikenali sebagai “King” iaitu Perodua Myvi baharu sahaja ‘melapor diri’ sebagai kenderaan peronda (MPV) untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Jepun lain pula ceritanya.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Model SUV kompak Toyota Raize yang juga merupakan ‘abang kembar’ kepada Perodua Ativa buat julung kalinya dilihat mengenakan ‘pakaian seragam’ polis di negara “Matahari Terbit” itu.
Beberapa foto telah diciap menerusi laman Twitter @01FLT dan @Duce_Acciuga923 yang memperlihatkan sebuah Toyota Raize yang digunakan oleh Polis Wilayah Yamanashi lengkap dengan pelekat grafik polis, lampu strob, siren, cermin sisi serta antena tambahan dan lencana polis pada bahagian jeriji di bampar.
Mungkin pada masa akan datang tiba giliran Perodua Ativa pula menyarung seragam PDRM, kerana abangnya Perodua Kembara pernah berkhidmat dengan jabatan berkenaan, tetapi bukanlah untuk tugasan rondaan jika merujuk kepada gambar yang ada dalam Wikimedia.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit @01FLT, @Duce_Acciuga923 dan Wikimedia
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI