ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Kembar Perodua Axia 2023 (D74A), Toyota Agya buat debut global 13 Februari? Ini imej janaan digital yang terbaharu!

Impresi Artis

Views

Sekali lagi kami ‘mengimport’ hasil karya janaan digital terbaharu pereka dari negara seberang, Indonesia bernama Malvin W Setiawan yang memberi kembar Perodua Axia 2023 (D74A), iaitu Daihatsu Ayla dan Toyota Agya.

Malvin kali ini dilihat cuba untuk memberi gambaran Toyota Agya generasi baharu untuk pasaran di Indonesia yang bakal dilancarkan pada Isnin minggu hadapan (13 Februari 2023).

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Dikhabarkan pihak PT Toyota Astra Motor telah menghantar jemputan kepada pihak media di sana bagi menghadiri upacara ‘World Premiere‘ model kenderaan yang ditakrifkan sebagai “Ikon Keseronokan Baharu” (“Icon of New Excitement“).

Namun dalam undangan tersebut, pihak Toyota tidak menyatakan model apa yang bakal dilancarkan nanti. Tetapi apa yang pasti, model terbaharu ini akan membuat ‘debut global’ sulungnya di Indonesia.

Satu lagi kembarnya, Daihatsu Ayla pula bakal dilancarkan 15 Februari 2023. Di Malaysia, kembar Ayla dan Agya generasi baharu iaitu Axia 2023 (D74A) telah mula dibuka untuk tempahan sejak 31 Januari lalu.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Namun, belum muncul lagi tanda-tanda besar pelancaran dalam masa terdekat, meskipun tarikhnya dijangka pada 14 Februari nanti.

Ini bermakna, ketiga-tiga model hatchback kompak tersebut akan membuat kemunculan selang sehari, selama tiga hari berturut-turut. Nampak macam berpakat je kan?

Apa pun, kita tunggu perkembangan terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit malvinwsetiawan

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply