ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kembar Proton X90 (VX11) versi facelift, Geely Haoyue L dilancarkan di China – Harga bermula dari RM81,147

Berita Global

Views

Dikala Proton pada ketika ini masih lagi rancak menguji bakal model crossover MPV pertamanya iaitu X90 (VX11), kembarnya di China iaitu Geely Haoyue telahpun memasuki fasa facelift dan ia kini dikenali sebagai Haoyue L.

Harga jualannya bermula dari 127,900 hingga 147,900 yuan (RM81,147 hingga RM93,834). Tiga pilihan varian ditawarkan, dan ia kini mempunyai konfigurasi 2+3+2 tempat duduk.

Kesemua varian dilengkapi dengan rangkaian kuasa siri Drive-E dengan enjin 2.0 liter turbo secara standard, yang dipadankan bersama transmisi 7-kelajuan dwicekam (7-DCT).

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Gandingan rangkaian kuasa ini mampu menjana 160 kW dan 325 Nm daya kilas. Ini membolehkan Haoyue L memecut dari 0 – 100 km/j dalam masa 7.9 saat.

Haoyue L mengadaptasikan lenggok penggayaan baharu dengan jeriji berbentuk segi lapan bersaiz besar di hadapan, dengan jejalur kemasan krom yang bersambung dengan sepasang lampu utama jenis LED.

Di bahagian belakang, Haoyue L dilengkapi dengan spoiler bumbung dan corong ekzos berkembar manakala lampu belakangnya terdiri daripada 244 butir manik LED yang nyalannya memancar sejauh 2.7 meter.

Antara ciri rekaan yang lain termasuklah rak bagasi, bumbung suria panorama dan bingkai tingkap dengan kemasan krom. Selain itu, Geely Haoyue L menggunakan rim dengan rekaan lima jejari bersaiz 18-inci dan 19-inci.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Dari segi dimensi, Haoyue L berukuran 4,860mm panjang, 1,910mm lebar dan 1,770mm tinggi, manakala jarak antara rodanya pula jarak roda 2,825mm. Ini bermakna, ia 25mm lebih panjang berbanding dengan Haoyue standard.

Di dalam kabin, crossover MPV ini menampilkan panel instrumen LCD penuh 10.25 inci dan skrin sentuh jenis terapung 12.3 inci. Ia dikuasakan dengan sistem OS Galaxy Geely dan menggunakan platform kokpit digital berprestasi tinggi E02.

Untuk aspek keselamatan pula, Haoyue L dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan autonomi Tahap 2 (L2). Sistem ini terdiri daripada kamera pandangan hadapan 800W-piksel, dua kamera pandangan tengah 100W-piksel, dua kamera pandangan sekeliling 100W-piksel dan lima radar ultrasonik dan lain-lain.

Setakat ini kami masih belum menerima sebarang informasi terkini mengenai kembarnya di Malaysia, iaitu Proton X90 (VX11). Menurut maklumat dari ejen Mat Bond, ia bakal dilancarkan pada suku kedua (Q2) 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Auto.hsw

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply