ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kembar SUV Perodua 2023 dan Maruti YFG, Toyota (D22) bakal diberi nama Hyryder

Berita Global

Views

Bakal pesaing kepada Hyundai Creta di India, model SUV Toyota (namakod D22) akan dikenali dengan nama Hyryder. Tanda dagang nama kembar kepada Maruti YFG dan bakal model SUV terbaharu Perodua (2023) itu telah pun didaftarkan sejak April tahun lalu.

Toyota dan Maruti Suzuki kini dilihat kian rancak menguji SUV kompak terbaharu tersebut yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Model yang dibangunkan khusus untuk ‘pasaran baharu’ ini akan dijana oleh enjin Dual VVT-i 1.5L yang mampu menjana 106 PS dengan 137 Nm daya kilas dan digandingkan dengan transmisi D-CVT.

Ia bakal dihasilkan di kilang pengeluaran Toyota di Karnataka. Maruti YFG dan Toyota D22 yang bakal berentap dengan Hyundai Creta dan KIA Seltos itu dijangka sarat dengan pelbagai ciri-ciri serta teknologi terkini.

Antaranya unit infohibur jenis terapung, Android Auto dan Apple CarPlay, teknologi ketersambungan, arahan suara dan 6 beg udara. Selain itu, kedua-dua model juga bakal ditawarkan dengan pilihan trenkuasa hibrid.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Menurut info dari ejen perisik Mat Bond, besar kemungkinan untuk versi Perodua, ia bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L untuk versi asas dan pilihan trenkuasa hibrid akan turut ditawarkan untuk varian andalan sahaja.

Dalam artikel terdahulu, sahabat kami, Vanhoe Rage telah berjaya menemui dua nama baharu yang didaftarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Dua nama baharu itu adalah Traz dan Nexis, yang telah didaftarkan sejak 29 April lalu oleh koresponden Eunice Chan Wei Lynn. Besar kemungkinan, nama-nama tersebut telah ‘ditanda lebih awal’ untuk SUV terbaharu mereka itu nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Gambaran artis dari Autocar India

Foto intip Toyota D22

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply