ARKIB

KATEGORI

Buletin

Khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta – Kementerian Kewangan

Berita Tempatan

Views

Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) ditamatkan serta merta. Astro AWANI melaporkan, perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin tular di laman sosial, hari ini.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Menurut surat tersebut, pihaknya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah beliau berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat.

Sementara itu, sumber dalaman yang rapat dengan perkara ini turut memberi pengesahan ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini. Tajuddin dilantik sebagai Pengerusi Prasarana berkuatkuasa 11 Mei 2020. Beliau menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply