ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kementerian Pengangkutan gantung sementara permit operasi syarikat lori sebabkan kemalangan maut

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan akan menggantung permit operasi sebuah syarikat lori sementara untuk audit berikutan kemalangan tragis yang melibatkan salah satu kenderaan mereka.

Malaysiakini melaporkan, perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke di laman Facebook hari ini, ketika merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang mengalami kehilangan itu.

“Saya berasa amat simpati dengan keluarga mangsa kemalangan ini yang kehilangan bayi sulung mereka. Salam takziah kepada keluarga.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

“Saya telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengambil tindakan segera terhadap pemandu dan syarikat tersebut.

“Permit operasi syarikat lori ini akan digantung sementara untuk audit ke atas semua lori mereka. Saya tidak akan berkompromi dengan pemandu dan syarikat yang membahayakan orang ramai di atas jalanraya,” katanya.

Loke merujuk kepada laporan berita mengenai kemalangan baru-baru ini di Gerik, Perak yang juga membabitkan beberapa kenderaan penumpang dan sebuah lori.

Menurut Kosmo!beberapa kenderaan lain turut terlibat dalam kemalangan itu dengan muatan lori tersebut terjatuh ke atas jalan raya.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Menerusi kumpulan Facebook Dashcam Owners Malaysia, seorang lelaki yang juga pemandu kereta meluahkan rasa berang dengan tindakan cuai pemandu lori yang menjadi punca kepada insiden kemalangan tersebut.

Tular di media sosial luahan mangsa kemalangan itu yang kesal dengan sikap pemandu lori didakwa membawa muatan melebihi had sehingga menyebabkan muatan tersebut terjatuh dan menimpa kenderaan lain.

Semalam, Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood dilaporkan berkata polis telah menahan pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan di KM69 Lebuhraya Timur-Barat (Gerik-Jeli) pada 29 Okt lepas itu, ketika lelaki itu melalui sekatan jalan raya Batu Melintang di Jeli, Kelantan, pada hari sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply