ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen #AkuRindu Shell Malaysia selama empat hari bermula semalam

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen terbaharu mereka #AkuRindu untuk mengalu-alukan semula para pelanggan mereka dengan ganjaran tambahan. Empat tawaran istimewa menarik akan ditawarkan di stesen runcit Shell seluruh negara.

Pada April lalu, Shell telah mengadakan kempen media sosial bagi memahami apa yang paling dirindui oleh warga Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ribuan warga Malaysia telah memberi pandangan masing-masing mengenai perkara yang paling dirindui mereka merangkumi pelbagai topik, termasuklah balik kampung, menjelajah, membawa anak-anak keluar makan bersama, meleretkan kad termasuklah aroma pastri yang baru dibakar.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzani Husain berkata, COVID-19 merupakan detik yang mencabar buat semua, memberi kesan kepada semua aspek kehidupan termasuklah kesihatan, pelancongan, gaya hidup dan yang paling penting mata pencarian.

Kempen #AkuRindu akan berlangsung disemua stesen Shell di seluruh negara semalam empat hari berturut-turut, mulai Isnin, 1 Jun hingga Khamis, 4 Jun 2020. Kunjungi stesen Shell berhampiran untuk menikmati empat ganjaran ini:

Isnin, 1 Jun 2020

5X mata ganjaran BonusLink semasa mereka meleretkan Kad BonusLink dan mengisi minyak Shell. Pelanggan akan menerima 5 mata ganjaran BonusLink bagi setiap satu liter minyak.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Selasa, 2 Jun 2020

Diskaun 50 peratus untuk mana-mana Minyak Motosikal Shell Advance AX7 (1L). Harga sebelum diskaun adalah RM33.00 hingga RM34.90 setiap 1L, bergantung kepada varian. Terhad kepada 10 pelanggan untuk setiap stesen Shell.

Rabu, 3 Jun dan Khamis, 4 Jun 2020

Untuk dua hari beturut-turut, pelanggan boleh membeli sama ada aiskrim Cornetto (perisa Vanilla atau Coklat) atau susu Goodday (Full Cream atau Coklat, 250mL) dengan hanya RM1.00 seunit di kedai Shell Select seluruh negara, sementara stok masih ada. Harga runcit sebelum tawaran adalah RM2.00.

Selain itu, pelanggan juga akan menikmati tawaran “Beli-1-Percuma-Satu” di semua outlet Deli2go untuk Hexagon Doughnut Deli2Go (Harga runcit di Semenanjung Malaysia RM2.90 seunit), dan Sardine Puff Deli2Go (Harga runcit di Sabah dan Sarawak RM4.00 seunit) sementara stok masih ada.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply