ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen “Drive to Prosperity” Nissan berakhir

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengakhiri kempen “Drive to Prosperity” dengan majlis penyampaian hadiah yang ebrlangsung di One Utama semalam. Pemenang merupakan pelanggan yang membeli dan mendaftar sebuah kenderaan Nissan sepanjang tempoh kempen berlangsung dari Januari hingga Februari 2016. Mereka akan menerima hadiah berupa barangan perkakasan elektrik jenama SHARP bernilai lebih RM128,888 setiap bulan.

Wakil dari ETCM dan Sharp-Roxy Sales & Service Company (M) Sdn Bhd (SRSSC) telah menyampaikan hadiah tersebut kepada 12 orang pemenang bulan Januari dan Februari dari wilayah Tengah. Pengarah Pemasarandan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “ ETCM mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kerana memilih kenderaan Nissan. Kempen ini juga berjaya dilaksanakan hasil kerjasama dengan rakan kami, SHARP yang juga merupakan jenama dari Jepun.”

SRSSC ialah unit pemasaran SHARP Group di Malaysia yang bertanggungjawab atas aspek jualan, pemasaran dan promosi semua produk SHARP di Malaysia yang merangkumi peralatan elektronik perkakasan rumah, peralatan automasi pejabat, dan perniagaan penyelesaian dokumen.

PengarahUrusan SRSSC, EncikTakamiya Kasumi berkata, “Kami amat berbesar hati kerana berpeluang untuk menjadi rakan kongsi ETCM dalam kempen ini.Kepada semua pemenang, kami berharap anda akan menikmati produk SHARP seperti mana anda menikmati Nissan.”

ETCM turut melanjutkan Kempen Liga Juara-juara UEFA sehingga bulan April 2016. Pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Nissan berpeluang memenangi pengalaman menonton perlawanan akhir Liga Juara-juara UEFA 2015/2016 secara langsung di Milan yang ditaja sepenuhnya.

Tarikh siri jelajah Nissan adalah seperti berikut:

TarikhLokasi
17 – 23 AprilTesco Kota Bharu, Kelantan
20 – 24 AprilOne Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
21 – 24 AprilEast Coast Mall, Kuantan
25 April – 1 MeiAeon Bandaraya Melaka, Melaka

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply