ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen ‘Ekstra Ganjaran Setiap Hari’ tawar pelanggan setia sehingga 4X mata BonusLink

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia dan BonusLink melancarkan kempen ‘Ekstra Ganjaran Setiap Hari’ untuk memberikan pelanggan setia sehingga 4X mata BonusLink untuk pembelian minyak. Kempen ini bermula pada 16 November 2020 dan akan berakhir pada 30 April 2021.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, kerjasama pihaknya dengan BonusLink bakal memberi ganjaran kepada pelanggan sehingga 4X mata BonusLink setiap kali mengisi minyak di Shell dan pada masa yang sama pelanggan boleh menebus pelbagai jenis snek dan minuman dari kedai serbaneka hanya dari seratus mata.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh mengumpul mata BonusLink dengan lebih cepat dari sebelumnya berdasarkan ganjaran tahap (tier), di mana lebih banyak pembelian dibuat dalam sebulan, lebih tinggi mata tahap mereka meningkat dan lebih ganjaran akan diterima sehingga 4X mata BonusLink!

Untuk menyertainya, pelanggan hanya perlu meleretkan kad BonusLink di Shell dan pam minima RM50 minyak Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97, atau Shell V-Power Racing dalam satu resit (Transaksi Layak). Pelanggan akan mendapat mata BonusLink berganda untuk setiap Transaksi Layak mengikut tahap.

Contohnya, pelanggan yang membuat Transaksi Layak pada Tahap 2, akan menikmati 2X mata untuk transaksi dan akan ke Tahap 3. Manakala, pelanggan di Tahap 4 akan mendapat 4X mata dan semua mata pelanggan akan di tetapkan semula pada hari pertama bulan Januari, Februari, Mac, dan April 2021.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Sila rujuk jadual di bawah:

Mata TahapJumlah Transaksi yang layak dikumpulkan dalam tempoh sebulanGandaan Mata BonusLink
Tahap 11 transaksi1X
Tahap 22 transaksi2X
Tahap 33 transaksi3X
Tahap 44 transaksi dan ke atas4X

Dengan mata yang dikumpul, pelanggan boleh menebus beberapa barangan, antaranya minuman Milo Original 240ml dalam tin, snek Roller Coaster 60g semua perisa, Mighty White Smoky BBQ Bun dan SELECT Antibacterial Wipes (15’s).

Untuk maklumat lanjut, layari www.shell.com.my/EkstraSetiapHari

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply