ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen guna CRS diperhebat semasa Op Bersepadu Tahun Baharu Cina

Berita Tempatan

Views

Sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, (JKJR) Mohd Nasri Ishak memaklumkan kempen penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) bakal diperhebatkan dalam Op Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya.

Menurut Berita Harian, Mohd Nasri berkata menerusi operasi itu, jabatannya dengan kerjasama badan penguatkuasaan dan agensi berkaitan akan memperluaskan pendidikan serta panduan mengenai CRS, selain kepentingan keselamatan jalan raya.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Jelas beliau, usaha itu termasuk pelbagai bentuk kempen seperti edaran risalah, pemasangan papan iklan keselamatan dan berjumpa pengguna jalan raya yang singgah di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R). Tambahnya, penggunaan CRS juga menjadi satu elemen keselamatan yang akan dipantau dalam op bersepadu ini,.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi panel jemputan program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang disiarkan malam tadi. Turut menjadi panel, pensyarah yang juga Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Kulanthayan K C Mani. Dalam program itu, Kulanthayan turut menyarankan ibu bapa supaya menggunakan CRS dengan piawaian keselamatan EN ECE R44/04 dan R129.



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Jelasnya, hanya CRS dengan piawaian yang ditetapkan oleh Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNR) itu yang dibenarkan di negara ini mulai 2020. Kerajaan sebelum ini mengumumkan penggunaan CRS dalam kenderaan persendirian, yang diwajibkan bermula 1 Januari lalu, bagi menyelamatkan bayi dan kanak-kanak, daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Langkah baharu itu susulan statistik membimbangkan, iaitu 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017. Bagaimanapun, tiada saman akan dikeluarkan kepada ibu bapa yang gagal menggunakan CRS dalam tempoh enam bulan pertama pelaksanaan, yang bersifat mendidik terlebih dahulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply