ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen ‘Jom! Balik Raya Bersama Goodyear’ tawar sehingga RM80 kredit Touch ‘n Go E-Wallet

Berita Tempatan

Views

Sempena ketibaan Syawal, Goodyear mengumumkan kempen ‘Jom! Balik Raya Bersama Goodyear‘ yang menawarkan pelanggan sehingga RM80 kredit Touch ‘n Go E-Wallet semasa mereka membeli sehingga empat unit tayar dengan corak Worry Free Assurance (WFA) bersaiz 17-inci dan ke atas.

 

 

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Menurut Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng berkata, Hari Raya kali ini jatuh semasa kerajaan mengumumkan tempoh peralihan ke fasa endemik dan pihaknya menggalakkan para pelanggan untuk memastikan ‘tahap kesihatan’ kenderaan dan tayar berada dalam keadaan terbaik sebelum pulang ke kampung.

Kempen ini berlangsung mulai 8 April sehingga 8 Jun 2022. Berikut adalah cara-cara untuk menyertainya:

  • Membuat pembelian minima dua unit tayar bercorak Goodyear WFA bersaiz 17-inci dan ke atas.
  • Mendaftar WFA dengan mengisi butiran, memuat naik resit dan pilih kedai di mana anda membuat pembelian.
  • Terima pesanan ringkas (SMS) dari Goodyear selepas penyertaan disahkan.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Penyertaan yang layak akan dikreditkan rebat Touch ’n Go E-Wallet dalam masa 14 hari selepas pengesahan. Kredit Touch ‘n Go E-Wallet yang boleh digunakan oleh pelanggan yang membuat pembelian menerusi mana-mana peruncit sah Goodyear atau menerusi platform rasminya di Shopee dan Lazada.

Pelanggan juga akan menerima kad WFA dengan nombor siri oleh peruncit yang diperlukan untuk penebusan hadiah, jadi, membuat pendaftaran akaun Worry Free Assurance amatlah digalakkan.

Goodyear WFA meliputi pelbagai jenis tayar, termasuklah siri Eagle F1, EfficientGrip, Assurance MaxGuard SUV, Assurance TripleMax & TripleMax 2 dan All Run on Flat (ROF).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply